• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duda Gila Talak Langgar Bekas Isteri Kerana Cemburu

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang duda yang disifatkan gila talak nekad melanggar bekas isterinya hanya kerana cemburu selepas mengetahui bekas isterinya itu mempunyai teman lelaki baru.

Kejadian berlaku di Kampung Baru Kemasik, Chukai, Kemaman, Khamis lalu, kira-kira jam 10 malam.

Akibatnya mangsa berusia 31 tahun cedera di belakang kepala dan calar di kaki akibat dilanggar suspek, 35.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian itu hanya disedari anak perempuan mereka yang berusia 16 tahun selepas terdengar bunyi kuat di hadapan rumah, lalu membuat pemeriksaan.

“Anak perempuan pasangan itu melihat sebuah kereta berada di dalam garaj kereta dengan keadaan menghala ke hadapan rumah dan pada masa sama, remaja terbabit melihat ibunya terbaring di hadapan kereta tersebut.

“Dia juga melihat bapanya berada di lokasi menyebabkan dia bertanya kepada bapanya itu tujuan dia berada di situ, dan berlaku pertengkaran mulut di antara dua beranak itu sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kemaman dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek sudah bercerai dan suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana cemburu dengan mangsa yang sudah mempunyai teman lelaki baru.

“Identiti suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: cemburuDuda
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

5 Maut Serangan Bom Nekad Di Misrata, Libya

Next Post

Di Mana Salahnya Punya Ramai Anak?

Related Posts

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

Syabu RM13.14 Juta Dalam Kereta, Polis Tahan Duda

02/06/2025
0

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan pengedaran dadah yang menjadikan Perlis sebagai transit, selepas merampas syabu seberat 365 kilogram bernilai RM13.14...

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

Polis Siasat Motif Cemburu, Dendam Atau Hutang Kes Simbah Asid

22/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif utama kejadian simbah asid membabitkan pengusaha spa di Bachok, Sabtu...

Next Post

Di Mana Salahnya Punya Ramai Anak?

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd