• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Baharu Daki Gunung Kinabalu Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Tinjauan awal bagi mengenal pasti laluan baharu mendaki gunung Kinabalu akan dilakukan bagi menggantikan laluan asal yang runtuh akibat gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Pengurus Taman Daratan Taman-Taman Sabah, Maipol Spait berkata, tinjauan itu akan dilakukan selepas tiga hari upacara ‘Posogit’ yang diadakan hari ini.

“Dua kawasan laluan mendaki gunung Kinabalu yang runtuh akibat gempa bumi adalah di Kilometer (KM) 1.5 hingga KM1.8 dan KM6.1 hingga KM7,” katanya ketika ditemui selepas upacara ‘Posogit’ di Taman Kinabalu di sini, hari ini.

Beliau berkata, laluan pendakian gunung Kinabalu dari Mesilau ke Layang-Layang juga runtuh akibat gempa bumi yang berukuran 5.9 pada skala Richter berkenaan.

Menurut Maipol, tinjuan berkenaan juga akan mengenal pasti kerosakan pada bangunan yang terdapat di Laban Rata dan hasil tinjauan akan dikumpul oleh sebuah jawatankuasa kecil yang dipengerusikan beliau yang turut dianggotai wakil dari Sutera Sanctuary Lodges, Mountain Torg serta Malim Gunung Kinabalu.

Katanya, hasil tinjauan khususnya mengenai laluan baharu mendaki gunung Kinabalu itu akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk proses penilaian dan kelulusan.

“Setelah mendapat kelulusan, barulah kerja pembinaan laluan baharu dilakukan,” katanya.

Tragedi gempa bumi yang berpusat di Ranau itu menyebabkan runtuhan batu di kawasan puncak gunung Kinabalu mengorbankan 18 orang terdiri enam rakyat Malaysia iaitu empat malim gunung dan dua pendaki, Singapura (10), dan masing-masing seorang rakyat Jepun serta China. – BERNAMA

Tags: Gunung Kinabalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

Aliran Deras Di Puncak Gunung Kinabalu: 155 Pendaki Selamat

10/07/2025
0

Ranau: Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu, berjaya melepasi kawasan aliran air deras susulan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd