• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Tambah Empat Kategori Alat Timbang Sukat

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memasukkan empat lagi kategori alat timbangan yang wajib dibuat penentusahan iaitu tolok tekanan tayar, alat mengukur kelembapan padi, mesin penggredan telur dan mesin pembungkusan kilang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ia bagi memastikan kepentingan pengguna terpelihara dan mewujudkan perdagangan adil selain seiring dengan perkembangan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kementerian sedang menyiapkan aspek perundangan berhubung perkara itu sebelum dikemukakan kepada Kabinet dan dijangka dapat dilaksanakan pada 1 Jan 2016.

“Telur ada gred A, B, C dan D, kalau dicampur pun kita tak tahu sebab saiz hampir sama kerana tiada alat penentusahan. Ukuran tekanan angin kenderaan juga penting untuk disahkan kerana kemalangan juga berpunca daripada tekanan tayar yang tidak betul.

“Padi pula diukur ikut kelembapan dan kita mahu pastikan alat yang digunakan oleh pemborong itu betul dan petani tidak tertipu. Untuk barangan yang dibungkus di kilang pula, kita mahu pastikan berat yang ditulis pada bungkusan adalah sama dengan isi kandungannya,” katanya.

Hasan bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Metrologi Sedunia 2015 yang memperingati ‘Metre Convention’ atau ‘Treaty of The Metre’ pada 20 Mei 1875 yang bertujuan memastikan keseragaman standard sukatan di seluruh dunia.

Katanya setakat ini terdapat 17 kategori alat timbang dan sukat yang tertakluk kepada proses penentusahan antaranya timbang neraca spring, alat sukat linar, alat timbang elektronik, alat timbang emas, meter letak kereta, pam minyak, jambatan timbang dan lori tangki.

Pada majlis itu beliau turut melancarkan sistem e-timbang sukat yang akan digunakan oleh pihak pembaiki untuk memasukkan data transaksi penjualan dan pembaikan alat timbang serta sukat termasuk nombor siri dan nombor sijil penentusahan yang dikeluarkan oleh Metrology Corporation (M) Sdn Bhd.

Selain itu, semua 450,000 alat timbang dan sukat di pasaran akan turut diberikan pelekat keselamatan yang mempunyai Kod QR mulai 1 Okt ini untuk mengelakkan penipuan oleh peniaga.

“Sebelum ini setiap alat diperiksa sekali setahun secara manual dan pelekat ditulis oleh pembaiki. Melalui sistem dan pelekat baharu ini penguat kuasa boleh memastikan alat yang digunakan oleh peniaga telah disahkan secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, katanya, sejak Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 1,741 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM425,456 dicatatkan di bawah Akta Timbang Sukat kerana disyaki menggunakan alat tidak sah. – BERNAMA

 

Tags: KPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd