• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Periksa 557 Barang, Elak Cukai Berganda

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menumpukan pemeriksaan terhadap 557 barangan yang sebelum ini dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) 10 peratus jika ia dikenakan cukai berganda dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, operasi pemeriksaan tersebut akan bermula esok di seluruh negara dengan senarai barangan terlibat sudah diperoleh dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Beliau berkata, barangan terbabit antaranya makanan, pakaian, peralatan elektrik dan perabot, sepatutnya mengalami penurunan harga sebanyak empat peratus apabila GST dilaksanakan.

“Kita mahu semak sama ada peniaga turunkan harga atau tidak sebab jika ditolak SST 10 peratus dan ditambah GST enam peratus, sepatutnya ada penurunan empat peratus,” katanya dalam sidang media berkaitan GST bersama Pengarah Bahagian GST JKDM Datuk T. Subromaniam, di sini hari ini.

Selain itu, katanya KPDNKK akan turut memeriksa 22 jenis barangan berkadar sifar selepas pelaksanaan GST yang sebelum ini dikenakan SST lima peratus.

Sementara itu, Alias berkata, KPDNKK telah membuka 54 kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 sejak pelaksanaan GST pada 1 April lepas.

Katanya, tiga kes telah dikompaun sebanyak RM10,000; sembilan kes telah dibicarakan; lima kes mengaku salah dengan jumlah denda sebanyak RM230,000; empat kes mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan; dan selebihnya dalam peringkat akhir siasatan sebelum dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa KPDNKK pilih kasih dalam membuat penguatkuasaan dan hanya tertumpu kepada beberapa jenis perniagaan sahaja seperti peruncit, pasar dan restoran.

“Ada persatuan restoran kata kita pilih kasih. Tidak. KPDNKK membuat pemeriksaan berdasarkan aduan yang diterima.

“Contohnya ada restoran jual lima batang kacang bendi RM20 jadi kami keluarkan notis. Ada yang jual dua jag air tebu RM50. Ada juga jual air kosong segelas RM2.50. Jadi bila terima aduan kami kena siasat,” jelasnya.

Katanya, setakat ini sebanyak 393,335 premis telah diperiksa di bawah Ops Catut dan KPDNKK akan meneruskan pemeriksaan memandangkan ia cara terbaik bagi memastikan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan dipatuhi peniaga. – BERNAMA

 

Tags: CukaiKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Rakyat Thai Edar Dadah Dijatuhi Hukuman Gantung

Next Post

2 Beradik Maut Dalam Nahas Di Ledang

Related Posts

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

Kerajaan Tidak Pernah Bincang Tentang Pengenalan Cukai Langganan ChatGPT – Fahmi

31/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah membincangkan cadangan pengenalan cukai langganan ChatGPT seperti diperkatakan di media sosial, kata Menteri Komunikasi,...

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

Kalau Tak Bayar Cukai, Geledah Dan Ambil Tindakan – PM

01/03/2024
131

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) perlu terus bersikap tegas dan berani dalam 'memburu' pembayar cukai yang culas...

Next Post

2 Beradik Maut Dalam Nahas Di Ledang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd