• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan P.Pinang Usah Persoal PR1MA, Lulus Dulu Pelan Rumah Mampu Milik Lain

oleh Ahmad Albab
28/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang tidak harus mempersoalkan rancangan pembinaan rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedangkan pelan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik yang dikemukakan untuk dibina di negeri ini hampir dua tahun lalu, masih tidak diluluskan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata sehingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh.

Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

“Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lepas dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di UMNO Bahagian Bayan Baru, malam tadi.

Zainal Abidin berkata Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu tidak mendapat perhatian.

Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama yang melibatkan 9,500 unit masih tertangguh.

“Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).

“Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan tersebut tidak mengikut syarat.

“Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan,” katanya.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lepas.

“Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut Zainal Abidin ‘hutang’ berkenaan telah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian. – BERNAMA

 

Tags: PR1MAPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Berbuka Puasa Bersama Ulama, Umara Dan NGO Islam

Next Post

350 Cedera Letupan Di Taman Tema Taiwan

Related Posts

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

Pukau, Curi Wang Pelancong, 5 Warga Iran Didakwa Di Pulau Pinang Esok

14/08/2025
0

GEORGETOWN: Lima warga Iran termasuk dua wanita yang ditahan pada 2 Ogos lalu bagi membantu siasatan kes mencuri wang pelancong...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

350 Cedera Letupan Di Taman Tema Taiwan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd