SEMALAM kami ada menyiarkan rakaman aksi orang ramai cuba menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap di dalam sebuah kereta Myvi di Seksyen 9, Shah Alam.
BACA: IBU BAPA CUAI, BAYI NYARIS MATI TERKURUNG DALAM KERETA
Video tersebut asalnya telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Tuan Nor Azlim.
https://www.youtube.com/watch?v=x4HjIYAY9FA
Namun, Tuan Nor Azlim telah pun tampil memberikan penjelasan berhubung perkara sebenar beberapa jam selepas video tersebut viral.
Rupa-rupanya bayi itu bukanlah ditinggalkan seorang diri tetapi si ibu turut bersama ketika orang ramai cuba memecahkan tingkap kereta berkenaan.
Azlim turut memuat naik penjelasan, punca bayi tersebut terperangkap bukan kerana ditinggalkan tapi kerana masalah sistem auto lock kereta tersebut.
Diharapkan dengan penjelasan ini, orang ramai mendapat gambaran sebenar kejadian bayi terperangkap dalam kereta, petang semalam. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: hzq