• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Kematian Penyu Meningkat Di Terengganu

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Kadar kematian penyu di Terengganu meningkat kepada 55 ekor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 49 ekor tahun lepas.

Ketua Cawangan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan Terengganu Rosman Rusdy berkata 99 peratus daripada penyu-penyu tersebut adalah penyu dewasa.

“Keprihatinan nelayan terhadap penyu masih lagi rendah walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan didapati kebanyakan penyu tersebut mati akibat terkena peralatan nelayan seperti pukat hanyut dan rawai.

Rosman berkata berkemungkinan besar ada penyu yang mati tetapi tidak dilaporkan kepada Jabatan Perikanan.

Menurut beliau mengikut data yang ada didapati perairan Kemaman merupakan kawasan yang paling tinggi kematian penyu itu diikuti perairan Dungun, Kuala Terengganu dan Besut.

Beliau berkata akibat kematian penyu yang setiap seekor boleh bertelur enam kali setahun tersebut, pihaknya kehilangan kira-kira 330 sarang dan 33,000 biji telur tidak dapat diramkan.

Rosman berkata kali terakhir seekor penyu agar dewasa ditemui mati terapung di perairan Pulau Redang pada 14 Jun lepas kira-kira pukul 12.30 tengah hari dipercayai lemas terkena pukat nelayan.

Beliau berkata Pulau Redang dan Pulau Perhentian merupakan dua buah pulau yang paling tinggi pendaratan penyu di Terengganu setaip tahun.

Sehingga semalam katanya pihaknya telah berjaya menanam 72,000 biji telur penyu agar di Pulau Redang dan 910,000 biji di Pulau Perhantian untuk program penetasan. – BERNAMA

 

Tags: penyuTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd