• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Singapura Hantar Surat Penghargaan Kepada Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNDASANG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakan sejawatannya di Singapura Lee Hsien Loong telah menghantar surat bagi menyatakan rasa penghargaan negara itu kepada Malaysia atas segala usaha membantu rakyat Singapura yang menjadi mangsa gempa bumi di Sabah.

Najib berkata beliau juga telah mengutus surat kepada Perdana Menteri Singapura itu bagi menyampaikan rasa sedih dan takziah rakyat Malaysia terhadap tragedi yang menimpa rakyatnya akibat gempa bumi berkenaan ketika melancong di Kundasang, Ranau, Sabah.

“…surat daripada Perdana Menteri Singapura itu melahirkan penghargaan kepada kerajaan pusat dan negeri atas bantuan dan pertolongan yang telah diberikan kepada mangsa tragedi gempa bumi,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan kepada mangsa dan waris mangsa gempa bumi di sini hari ini.

Najib berkata beliau telah memendekkan lawatannya di Arab Saudi bagi membolehkan beliau melawat Sabah dan meninjau kesan gempa bumi yang melanda negeri ini.

“Saya memanglah berniat untuk datang lebih awal lagi setelah berita gempa bumi diketahui pada 5 Jun lalu namun oleh kerana hari esoknya (6 Jun) hari Keputeraan Yang Di-pertuan Agong dan kemudian terpaksa melakukan lawatan rasmi ke negara Arab Saudi.

“Pagi ini, saya putuskan, walaupun ada satu mesyarat dengan menteri besar dan ketua-ketua menteri, saya telah menangguhkan mesyuarat tersebut supaya saya dapat datang ke Ranau ini juga. Saya hendak mengatakan walaupun dalam keadaan senang ataupun susah kerajaan pusat akan tetap bersama-sama dengan rakyat Sabah,” katanya.

Selain diberi taklimat mengenai situasi terkini bencana gempa bumi di Sabah, beliau juga berkesempatan melawat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau untuk melihat kerosakan yang dialami premis berkenaan serta melawat penghuni perumahan polis itu yang memasang khemah di perkarangan IPD berkenaan.

Najib diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. – BERNAMA

Tags: Gempa SabahNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd