• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Sabah Sedang Berusaha Atas Masalah Air Di Ranau

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RANAU – Kerajaan Negeri Sabah sedang berusaha untuk mengatasi masalah bekalan air yang dihadapi penduduk di Ranau dan Kundasang akibat kejadian banjir lumpur susulan kejadian gempa bumi pada 5 Jun lepas.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Jabatan Air Negeri sedang bekerja keras untuk memulihkan bekalan air untuk penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya telah diberi taklimat bahawa 60 peratus bekalan air di kawasan berkenaan akan kembali pulih seperti biasa menjelang tengah malam ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau diberikan taklimat oleh Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah Teo Chee Kong, selepas melawat Loji Rawatan Air Liwagu dan pusat pemindahan di Dewan Komuniti Ranau.

Ketua Menteri berkata beliau juga telah mengarahkan langkah kontingensi diambil untuk mengatasi masalah bekalan air itu.

Musa berkata dua unit Loji Pembersihan Air Minuman akan dipasang di pekan Ranau dan Kg Sinar di sini, esok.

“Kami faham kesulitan dihadapi rakyat susulan kejadian gempa bumi yang telah menjejaskan bekalan air,” katanya.

Beliau berkata setiap loji itu boleh mengeluarkan 24 tan air minuman setiap hari untuk kemudahan penduduk dan diberikan percuma.

“Loji ini merawat air mentah secara terus dari sungai dan membersihkannya menjadi air minuman yang menepati standard WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia),” katanya.

Katanya pada masa ini, pusat pengumpulan telah ditubuhkan untuk mengedarkan air botol termasuk yang disumbangkan oleh orang ramai.

Ketua Menteri berkata usaha sedang giat dijalankan untuk mengeluarkan batuan dan sampah sarap dari sungai-sungai yang menyebabkan loji rawatan air tersumbat dan mengakibatkan gangguan bekalan air.

Musa berkata kerajaan juga memantau keadaan banjir dan banjir lumpur di Kundasang iaitu di Kampung Masilau dan telah memindahkan penduduk ke pusat-pusat pemindahan.

“Kami akan sentiasa bersama-sama penduduk di Ranau dan Kundasang. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan keadaan agar kembali seperti biasa,” katanya.

Selepas melawat loji rawatan air di Sungai Liwagu, Musa melawat pusat pemindahan di Kundasang. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd