• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pastikan Orang Asli Tidak Terpinggir Arus Pembangunan

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Kerajaan akan memastikan tidak ada mana-mana kelompok masyarakat mahupun kaum termasuk Orang Asli terpinggir daripada mendapat manfaat pembangunan dan perubahan besar yang sedang diusahakan kerajaan pada masa kini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai dasar untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli termasuk aspek pendidikan.

“Orang Asli memang berhak untuk dibawa ke tengah-tengah arus pembangunan perdana negara, apatah lagi kalau disebut tentang sokongan padu kepada kerajaan, ia tidak akan dapat menandingi yang ditunjukkan oleh Orang Asli.

“Kalau usaha pembangunan pendidikan masyarakat Orang Asli menjadi kayu ukur, saya bangga melihat pelbagai kejayaan dikecapi mereka … bila saya tiba di sini (Kampung Tasik Mentiga) saya diperkenalkan dengan seorang pelajar Orang Asli iaitu Hayati Akid yang berjaya masuk ke Sekolah Berasrama Penuh.

“Kemudian diperkenal dengan Dr Shamsulia berasal dari kampung ini yang kini menjadi doktor,” katanya ketika berucap pada majlis bersama pemimpin di Kampung Tasik Mentiga, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Chini Datuk Abu Bakar Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda.

Najib berharap kejayaan itu dapat menjadi ikon dan contoh kepada bukan sahaja Orang Asli di Pahang, tetapi juga di seluruh negara.

Perdana Menteri berkata masyarakat Orang Asli kini juga boleh berbangga kerana telah ramai dalam kalangan mereka berjaya menjawat jawatan yang tinggi bukan sahaja di sektor awam tetapi juga sektor swasta.

“Nama seperti Nisra Nisran Asra Ramlan yang kini menjadi Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dan Mahat a/l Mat Dong yang menjadi jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) juga menjadi ikon Orang Asli.

“Tidak ketinggalan Dr Amri Dahdi, doktor perubatan pertama daripada kalangan Orang Asli yang kini berkhidmat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Katanya mengikut rekod, bilangan pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti awam telah meningkat daripada 98 orang pada tahun 2010 kepada 682 orang pada tahun 2013.

Najib berkata jumlah itu merangkumi pelajar Orang Asli yang melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi, diploma, sarjana muda dan sarjana dan menurutnya bagi peringkat sarjana muda sahaja telah meningkat daripada 64 orang pada 2006 kepada 144 orang (2012) dan 181 orang (2013).

Lebih membanggakan, katanya lebih 40 orang pelajar Orang Asli menerima tawaran melanjutkan pengajian di luar negara sejak 2010.

“Daripada seorang pelajar pada 2010, ia meningkat kepada empat pelajar (2011), tujuh pelajar (2012) dan masing-masing 14 pelajar pada 2013 dan 2014 dan daripada jumlah itu, 23 orang mengikuti ijazah pertama, 15 orang (sarjana) dan dua lagi peringkat Doktor Falsafah (PHD),” katanya.

Perdana Menteri berharap pencapaian itu dapat menjadi perangsang kepada generasi muda Orang Asli untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan akan membina lebih banyak perumahan yang selesa untuk golongan itu selain mewujudkan ladang-ladang baharu dalam usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Asli. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakOrang Asli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pelakon Filipina Solek Muka Macam Keluarga Kardashian

Next Post

Kaji Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Aplikasi Penjagaan Kesihatan

Related Posts

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

Hidroelektrik Nenggiri: 1,200 Orang Asli Terkesan Dipindah Mulai Pertengahan 2026

21/08/2024
0

Sebanyak 1,200 Orang Asli di Pos Pulat, Pos Tohoi dan Kampung Kuala Wias di Gua Musang yang terkesan dengan pembinaan...

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

UiTM Kekal Untuk Orang Melayu, Orang Asli Dan Anak Negeri Sabah, Sarawak

26/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mengekalkan dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak negeri Sabah...

Next Post

Kaji Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Aplikasi Penjagaan Kesihatan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd