• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Guna Pusat Internet 1Malaysia Untuk Aplikasi Penjagaan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada sistem penjagaan kesihatan desa berasaskan internet yang dibangunkan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) boleh diguna pakai di seluruh negara untuk manfaat penduduk terutama di luar bandar.

Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata, ini termasuk sama ada aplikasi itu boleh diguna pakai melalui Pusat Internet 1Malaysia yang ditubuhkan di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan RiGHT CHANGE, penjagaan kesihatan berasaskan internet di Kampung Tambirat di Asajay di sini hari ini.

Jailani berkata sistem sokongan MEASAT itu yang menyediakan pautan internet adalah langkah bijak dan dapat menjimatkan kos dan masa menunggu untuk penduduk luar bandar yang ingin tahu tentang penyakit atau keadaan kesihatan mereka.

Beliau berkata selepas melalui empat proses pemeriksaan, pesakit kemudian boleh mengadakan telepersidangan dengan doktor panel di pusat tersebut.

“Pusat Internet 1Malayia kami di seluruh negara dilengkapi kemudahan jalur lebar kelajuan tinggi. Kami akan menggunakan aplikasi ini di negeri ini terlebih dahulu untuk melihat keberkesanannya sebelum dilancarkan di seluruh negara,” katanya sambil menambah negeri ini mempunyai kira-kira 20 Pusat RiGHT CHANGE.

Jailani berkata untuk Sarawak, kerajaan akan membina 52 buah lagi Pusat Internet 1Malaysia sebagai tambahan kepada 58 yang sedia ada.

“Negeri itu juga mempunyai sejumlah 203 menara telekomunikasi sehingga kini dan 147 lagi dalam proses untuk dibina.”

Beliau berkata kerajaan juga dalam proses untuk memasang kabel laut sepanjang 3,500 kilometer dari Mersing di Johor di Semenanjung ke Kuching dan Kota Kinabalu sebagai sebahagian daripada program untuk meningkatkan rangkaian internet di seluruh negara. – BERNAMA

 

Tags: internetKKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd