• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Nafi Naikkan Harga Rumah PR1MA

oleh Ahmad Albab
18/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah menaikkan harga siling bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sehingga RM450,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata harga rumah berkenaan masih kekal di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit bergantung kepada lokasi projek.

“PR1MA tidak pernah memutuskan untuk mengubah julat harga berkenaan dan akan memastikan harga rumah tidak melebihi harga maksimum dengan mengambil kira pendapatan golongan sederhana,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang mahu tahu rasional harga siling rumah PR1MA dinaikan kepada RM450,000 dan peratusan rumah PR1MA dalam kategori itu.

Menurut Shahidan, sebanyak 160,534 unit rumah PR1MA telah diluluskan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia untuk dibina di seluruh negara termasuk 25,879 unit di Pulau Pinang, Sabah (12,644 unit) dan Sarawak (8,347 unit).

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai keterbukaan kerajaan memberikan tanah kepada pemaju untuk mengurangkan kos pembinaan rumah PR1MA, Shahidan berkata pihak PR1MA sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan.

Malah katanya menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Perlis, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, harga rumah PRIMA di negeri berkenaan dapat dikurangkan. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd