• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Cadangan Mansuh Visa Untuk Pelancong Dari China

oleh Ahmad Albab
01/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan visa bagi pelancong dari China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari negara itu datang ke Malaysia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata pihaknya telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Jemaah Kabinet pada 15 Mei lepas.

“Saya berharap cadangan ini dapat diputuskan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek komersil dan gaya hidup bersepadu, ‘Theme Park, Wholesale City and Outlet Mall (TWO) bernilai RM5 bilion oleh DA Land Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan mengubah semula kedudukan daya saing Malaysia dalam industri pelancongan susulan tindakan Thailand dan Indonesia memansuhkan visa untuk pelancong dari China.

Bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, katanya, Malaysia hanya menerima kedatangan 350,000 pelancong China berbanding dua juta oleh Thailand.

Pada Januari lepas, kerajaan meluluskan pengecualian bayaran RM46 bagi permohonan visa untuk pelancong China berkuatkuasa 15 Feb hingga akhir tahun ini.

Tahun lepas, Malaysia mencatatkan kedatangan 1.4 juta pelancong dari China berbanding dua juta pada tahun sebelumnya.

Sementara itu, projek TWO di tapak seluas 20.63 hektar di Rawang, Selangor, itu mempunyai sebuah pusat konvensyen, dewan serbaguna, pusat beli-belah premium, hotel dan taman tema tertutup terbesar di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DA Land, Derek Chew berkata fasa pertama projek telah bermula bulan lepas dan dijangka siap dalam tempoh empat tahun manakala projek keseluruhan itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh antara lapan dan 10 tahun. – BERNAMA

 

 

Tags: Nazri AzizPelancongan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd