• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Jamin Tiada Pengurangan Pekerja Petronas

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan mengekalkan 50,000 pekerja Petronas di seluruh dunia dengan langkah proaktif yang dilaksanakan bagi mengekalkan prestasi kewangan syarikat petroleum negara itu berikutan ketidaktentuan harga minyak mentah dan gas dunia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, dengan langkah penjimatan kos iaitu pengurangan perbelanjaan operasi pada lingkungan 15 hingga 30 peratus, semua pekerja yang ada dapat dikekalkan.

“Satu jaminan akan kita beri untuk terus mengekalkan 50,000 pekerja Petronas yang ada di seluruh dunia kerana pada masa ini pengurangan perbelanjaan itu tertakluk pada pembiayaan perjalanan, mesyuarat dan lain-lain perbelanjaan bagi memastikan pekerja akan terus kekal.

Bagi mengekalkan operasi pada hari ini, kita masih perlu tambahan daripada jumlah pekerja tersebut, itu jaminan kita…tidak akan ada pengurangan pekerja,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) pada sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Reezal Merican meminta penjelasan sama ada pengumuman pengurangan hasil Petronas akan memberi kesan kepada pendapatan negara dan pekerja syarikat berkenaan.

Beliau juga mahu tahu kemampuan Petronas mengekalkan prestasi kewangan yang baik bagi tempoh lima tahun akan datang.

Razali berkata, pengurangan pekerja akan menyebabkan operasi Petronas terjejas yang pada masa ini mengekalkan tahap pengeluaran sedia ada dengan kadar pengeluaran domestik sekitar 500,000 hingga 700,000 tong sehari.

Terdahulu, Razali ketika menjawab soalan asal Reezal Merican berkata, selain mengurangkan perbelanjaan operasi, Petronas juga mengambil langkah proaktif pengurangan perbelanjaan modal hingga 15 peratus, penilaian semula pelaburan dengan memberi keutamaan kepada projek lebih berdaya saing selain mengekalkan pengeluaran sedia ada.

Selain itu katanya, syarikat berkenaan juga menggiatkan usaha tertentu melalui penerusan amalan pengurusan efisyen di samping kerja-kerja teknikal yang diperlukan bagi memastikan tahap pengeluaran yang sama.

Katanya langkah itu telah mempersiapkan Petronas dalam menghadapi kemerosotan harga minyak global yang memberi impak kepada syarikat-syarikat minyak seluruh dunia.

“Diharap dengan langkah-langkah ini disokong dengan urus tadbir korporat yang tinggi dan di samping sokongan kerajaan yang jitu, Petronas dengan operasi melangkaui 50 negara ini akan terus kekal maju, mampan dan berdaya saing terutamanya dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Kerajaanpetronas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Latar Agih 5,500 Pek Kurma Percuma Kepada Pengguna Lebuh Raya Esok

Next Post

PA Firma Guaman Dapat Guna LRT Percuma Sepanjang Hayat

Related Posts

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

Tuntutan Sarawak Terhadap PETRONAS Tidak Terbatal Dengan MoU – Abang Johari

22/05/2025
0

KUCHING: Notis tuntutan kerajaan Sarawak terhadap Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) tidak terbatal secara automatik susulan deklarasi yang ditandatangani bersama Kerajaan...

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

Kawasan Jajaran Paip Gas PETRONAS Di Pendang Diceroboh Untuk Dapatkan Tanah Merah – EXCO Kedah

23/04/2025
2

ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesan aktiviti pencerobohan di kawasan jajaran laluan paip gas milik PETRONAS di dua kawasan di Pendang....

Next Post

PA Firma Guaman Dapat Guna LRT Percuma Sepanjang Hayat

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd