• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Nazri Aziz Hadir Perasmian Program DAP Di Sekinchan?

oleh Ahmad Albab
19/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA, sensasi yang melanda Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz belum menunjukkan tanda-tanda mahu surut.

Andai sebelum ini, dia diamuk sekalian rakyat jelata setelah mengeluarkan kenyataan amaran ‘belasah’ terhadap Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini lain pula kisahnya.

tmj3

Dalam satu laporan, UMNO Sungai Besar menzahirkan rasa terkilan apabila Nazri dikatakan telah hadir ke Sekinchan dan merasmikan satu program anjuran DAP. Betul ke?

Saya Antara Orang Paling Gembira Bila Ringgit Jatuh – Nazri Aziz

Menurut ketuanya, Datuk Jamal Md Yunos, tindakan yang dilakukan Ahli Parlimen Padang Rengas itu dilihat sebagai tidak menghormati kepimpinan UMNO bahagian tersebut.

Memetik kenyataannya kepada Sinar Harian, “Program ini anjuran DAP. Kita tahu beliau adalah menteri daripada UMNO. Apa salahnya kalau nak rasmikan program beritahu kepada UMNO bahagian?

“Kalau tak nak melalui UMNO bahagian pun tak apa tetapi mesti melalui wakil rakyat BN di sini.”

Kata Jamal lagi, perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada salah seorang daripada pegawai Nazri supaya menimbang semula keputusan itu.

Ini kerana, kehadiran menteri tersebut seolah-olah telah memberikan kemenangan moral kepada pembangkang dan ia akan dilihat bagai tiada beza antara kerajaan dan pembangkang.

“Kehadiran Nazri juga mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan ahli UMNO dan penyokong BN di kawasan itu.”

Bagi Nazri pula, kehadirannya di Sekinchan bagi program tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Pelancongan dan menggalakkan sektor berkenaan di sana.

“Kelantan saya dah pergi, Pulau Pinang pun dah pergi. Sektor pelancongan di Selangor istimewa, kenapa saya tak pergi?

“Kalau saya tak pedulikan Selangor, rugilah sebab ini Petunjuk Prestasi Utama (KPI) saya.

“Kalau orang tak datang sini, saya kena tanggung. Itu sebab saya turun, orang kena faham.”

Rasanya, masalah ini terlalu kecil untuk diperdebatkan. Ya, selaku menteri bertanggungjawab, Nazri dilihat telah melakukan tugasnya dengan baik.

Sementelah, rasanya kalaupun hendak berpolitik sekalipun, takkanlah sampai perlu bermusuh dan tidak boleh berjumpa dalam satu-satu majlis, kan? Senang cakap, letak kepentingan politik dan utamakan kepentingan rakyat.

Inilah orang cakap, ditelan mati mak, diluah mati bapa. Buat salah, tak buat pun salah. Hmm… sabar jelah!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Nazri Aziz – Kelemahan Ringgit Malaysia Baik Untuk Sektor Pelancongan

Tags: Ahli Parlimenkementerian pelanconganNazri AzizSekinchanselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd