• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Tinggal Di Khemah Akan Dipindahkan Segera

oleh Ahmad Albab
20/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Kesemua 43 keluarga mangsa banjir yang tinggal di khemah di penempatan sementara Bandar Utama Gua Musang, akan dipindahkan segera ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Etnobotani Gua Musang.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pasca Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pemindahan secara berperingkat itu sedang dilakukan dan dijangka mereka dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri di kem PLKN itu.

Mereka akan tinggal di kem berkenaan sehingga rumah kekal yang sedang dibina kerajaan siap tidak lama lagi, katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Parlimen Jeli di sini, malam tadi.

Mereka ditempatkan sementara di khemah yang disediakan kerajaan sejak bencana banjir memusnahkan rumah mereka Disember lepas.

Mustapa yang juga anggota Parlimen Jeli dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Unit Pemulihan Pasca Banjir Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang menguruskan pemindahan mangsa banjir itu ke kem PLKN berkenaan.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan beberapa kemudahan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di kem PLKN itu termasuk bas untuk membawa anak-anak mereka ke sekolah. – BERNAMA

Tags: khemahmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd