• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelewatan Projek Langat 2 Jejaskan 5 Juta Penduduk

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Lebih lima juta penduduk di sekitar Lembah Klang dan Selangor akan terjejas serta berdepan catuan air sekiranya kerajaan Selangor berterusan melengah-lengahkan perjanjian Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Projek LRAL2).

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah itu meliputi dua juta akaun pengguna air, melibatkan domestik dan komersial.

Katanya pada masa kini simpanan air mentah yang ada di Selangor adalah 75 peratus, dan jika digunakan setiap hari tanpa tambahan air hujan, simpanan akan akan berkurangan.

“Tapi kalau boleh selesaikan pemindahan air dari Pahang ke Selangor, projek ini boleh siap, ini tak ada masalah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Justeru beliau berharap kerajaan Selangor boleh menyelesaikan isu ini dalam jangka masa yang telah ditetap, dan meminta kerajaan Selangor bersetuju dengan cadangan dari kerajaan pusat.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kelewatan kerajaan Selangor menguatkuasakan perjanjian penstrukturan air Selangor menyebabkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Projek LRAL2) berkemungkinan besar tidak mampu disiapkan pada 2017 seperti yang dirancang.

Maximus berkata projek itu dijangka hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 2019 sekiranya kerajaan negeri itu bersetuju membenarkan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan semua kelulusan dan permit bagi pembinaan loji itu dalam masa terdekat. – BERNAMA

 

Tags: KerajaanKerajaan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

Kerajaan Patut Dipersoal Cadang Dasar 30% Ekuiti Tidak Adil Sejak Awal – Siti Kassim

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kassim berpandangan kerajaan sepatutnya dipersoalkan kerana mencadangkan dasar berkaitan syarat 30 peratus ekuiti...

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Gesa Kerajaan Perjelas Pengguguran Ekuiti Bumiputera

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan rasmi dan konsisten berhubung keputusan menggugurkan syarat pemilikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd