• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Colombia Benam Brazil, Neymar Dibuang Padang

oleh
19/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTIAGO – Colombia menewaskan Brazil 1-0 dalam kejohanan Copa America 2015 yang dicemari dengan beberapa insiden ganas pada akhir perlawanan di ibu negara Chile, Santiago, lapor media tempatan.

Malangnya, perlawanan tersebut turut dicemari aksi tegang yang menyebabkan bintang Brazil, Neymar dan pemain Colombia, Carlos Bacca kedua-duanya dilayangkan kad merah selepas bergaduh di tengah padang.

Insiden bermula apabila Neymar yang kecewa melihat kekalahan pasukan negaranya di tangan Colombia buat kali pertama sejak 1991 dilihat menendang bola mengenai belakang badan seorang pemain Colombia, Pablo Armero.

Ini mengakibatkan Bacca yang kebetulan melihat insiden tersebut bertindak balas ‘menyerang’ Neymar sehingga berlaku pertengkaran mulut dan melibatkan lebih ramai pemain sebelum kedua-duanya itu dibuang padang.

Perlawanan antara dua pasukan itu gagal menghasilkan banyak peluang gol, sebaliknya satu-satunya peluang gol yang dirintis Colombia, berjaya disempurnakan Jeison Murillo dalam separuh masa pertama pada minit ke-36.

Kekalahan itu merupakan yang pertama bagi Brazil dalam 12 perlawanan dan yang pertama bagi Dunga sejak mengambil alih jawatan selaku jurulatih baharu skuad Samba selepas kejohanan terbesar Piala Dunia 2014.

Beberapa orang pemain dari kedua-dua pasukan dilaporkan bergaduh besar sejurus selepas wisel penamat ditiupkan dan susulan insiden Armero ditendang bola, Neymar dan Bacca kemudian diperintah keluar padang.

Memandangkan Neymar sudahpun dilayangkan kad kuning sebelum ini, penyerang handalan Barcelona itu mungkin akan terlepas peluang untuk turun padang dalam perlawanan menentang Venezuela akibat kad merah.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BrazilDungaNeymarPiala Duniasamba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd