Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

12 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang...

Penternak Babi Digesa Laksana...

ALOR GAJAH - Semua penternak babi di Melaka digesa mengubah sistem penternakan kovensional...

Pengerusi FGV Terima Anugerah...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd....

Google Stadia, Ibarat Netflix...

GERGASI teknologi, Google memperkenalkan perkhidmatan penstriman permainan video, Stadia yang disifatkan seperti Netflix...

Keadaan Pelumba Negara Zamri Baba Bertambah Baik

KUALA LUMPUR – Pelumba SuperSports 600cc negara, Mohamad Zamri Baba, yang cedera parah akibat kemalangan dalam perlumbaan di Indonesia dan dimasukkan ke hospital di Jakarta, dilaporkan mula menunjukkan perkembangan positif.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIH), MuSHASHi Boon Siew Honda Racing Team berkata Zamri kini tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dia masih dirawat di hospital Siloam Karawaci, Jakarta, di bawah pengawasan pasukan pakar bedah saraf, berikutan kemalangan di Pusingan Dua Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sentul di Bogor pada 6 Jun.

Kenyataan itu menyebut keluarga Zamri dan wakil daripada MuSASHi Boon Siew Honda berada bersama-samanya di Jakarta untuk memantau rapi perkembangannya.

FIM melaporkan bahawa Zamri, 31, yang menunggang bagi pasukan MuSASHi Boon Siew Honda Racing Team, dilanggar oleh seorang lagi pelumba selepas dia terbabas lalu merempuh kawasan batuan kelikir di tepi trek semasa perlumbaan itu.


Insiden kedua berlaku semasa perlumbaan 2 SuperSports 600cc apabila penunggang Indonesia M. Fadly Immammuddin daripada Astra Honda Racing dan pelumba Thailand Jakkrit Sawangswat daripada AP Honda Thailand berlanggar ketika sedang menuju ke garisan penamat.

Menurut kenyataan itu Fadly telahpun menjalani pembedahan ketiga di kakinya dan dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa.

Sawangsat pula telahpun pulang ke rumah serta beransur sembuh, dan berkemungkinan besar akan kembali beraksi dalam pusingan Suzuka ARRC. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=UFbwM11uTck

  • Lagi berita berkaitan:
  • ARRC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori