• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Patah Cubaan Seludup Rokok Bernilai RM4 Juta

oleh Ahmad Albab
29/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 800 kotak rokok putih bernilai RM4 juta dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Port Klang, Selangor pada Rabu lepas.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata kontena yang tiba dari China pada 18 Mei lalu itu yang diikrarkan sebagai mengandungi produk plastik pelbagai jenis didapati menggunakan nama syarikat dan alamat palsu.

Beliau berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun yang merupakan pekerja di agensi penghantaran yang membuat ikrar terhadap barang dagangan itu turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 iaitu membuat pengikraran yang tidak benar bagi penerimaan Kastam dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali, katanya pada sidang media di sini Isnin.

Dalam pada itu, Chik Omar berkata Kastam KLIA turut menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis Methamphetamine seberat 9.219 kilogram (kg) bernilai RM1.75 juta dalam tiga kejadian berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan KLIA dari 11 Mei hingga 15 Jun lepas.

Beliau berkata dalam kejadian pertama pada 6.45 pagi di klia2, pihak kastam menahan seorang lelaki warga India sejurus tiba dari Bangalore selepas pemeriksaan terhadap bagasi yang dibawanya menemui dadah seberat 6.321 kg di dalam 49 kotak colok yang disorokkan di bawah bagasi itu.

Chik Omar berkata rampasan dadah berikutnya dibuat pada 18 Mei selepas Kastam KLIA merampas dua parcel yang tiba dari Shenzen, China yang dialamatkan kepada dua penerima di Kuala Lumpur.

Beliau berkata parcel itu dirampas dan dibawa balik ke pejabat daripada syarikat penghantaran cepat di KLIA setelah beberapa hari penerima gagal dihubungi melalui nombor telefon bimbit yang dilekatkan pada kotak.

“Selepas dibuka, kita dapati parcel itu mengandungi ‘alloy roller’ yang di dalamnya mengandungi serbuk putih dipercayai dadah jenis Methamphetamine seberat 410gm dan 420gm setiap parcel,” katanya.

Bagi kes ketiga, Chik Omar berkata pihaknya merampas dadah seberat 2.06 kg bernilai RM392,920.00 daripada seorang wanita warga Ukraine setelah mencurigai kandungan bagasi yang dibawanya.

Beliau berkata pemeriksaan ke atas bagasi suspek yang baharu tiba menerusi penerbangan dari Hong Kong itu menemui serbuk putih yang disembunyikan di dalam kotak krim pemutih muka.

Chik Omar berkata kedua-dua suspek, iaitu wanita berumur 27 tahun itu dan lelaki India berkenaan telah pun dihadapkan ke mahkamah di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. – BERNAMA

 

 

Tags: KastamRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd