• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kaji Keberkesanan Sumbangan Zakat Yang Diterima Asnaf

oleh Ahmad Albab
26/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diminta membuat kaji selidik keberkesanan pelbagai bentuk sumbangan, termasuk zakat, daripada MAIPs kepada fakir miskin.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah kaji selidik amat penting untuk mengetahui sumbangan yang diberi setiap tahun itu benar-benar dapat meningkatkan pendapatan penerima atau mengubah kehidupan mereka.

“Matlamat bantuan adalah untuk mengeluarkan golongan miskin yang layak daripada kepompong kemiskinan. Beta berasa kecewa jika mereka berterusan mengharapkan sumbangan MAIPs atau agensi lain,” titah baginda pada majlis berbuka puasa anjuran MAIPs di Hotel Seri Malaysia di sini, malam tadi.

Berangkat sama Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah: “Beta berpendapat lebih baik memberi kail daripada memberi ikan supaya mereka berupaya berusaha sehingga mampu berdikari dan menanggung keluarga sendiri.”

Titah baginda sumbangan zakat yang diterima MAIPs meningkat setiap tahun dan agihan juga diperluaskan merangkumi bidang pendidikan namun langkah proaktif untuk memperkasakan lagi program MAIPs tidak boleh diabaikan.

Bersempena majlis itu, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan surat tauliah ahli MAIPs yang baharu kepada Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail selain surat penghargaan kepada beberapa bekas ahli majlis, antaranya bekas Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron.

Baginda turut menunaikan solat maghrib dan sunat tarawih bersama hadirin yang diimamkan Pengurus Baitulmal MAIPs Mohd Nazim Noor. – BERNAMA

 

Tags: Raja PerlisZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd