• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Peruntuk RM10j Beli Bangunan Untuk Kemudahan Pelajar Di Jordan

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Johor memperuntukkan RM10 juta bagi membeli bangunan untuk kegunaan dan kemudahan lebih 100 orang pelajar negeri ini di Amman, Jordan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pembelian bangunan itu bakal dilakukan kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

“Kami sudah melihat keadaan pelajar di Jordan dan semuanya dalam keadaan selesa, namun kami bercadang untuk membeli bangunan bagi menyediakan tempat kepada pelajar-pelajar Johor di Amman.

“Untuk itu, MAIJ dalam proses mencari bangunan yang sesuai kini,” kata beliau kepada pemberita selepas mengunjungi Bazar Ramadan Taman Rinting, di sini semalam.

Kunjungan yang menjadi acara tahunan UMNO Pasir Gudang itu turut diselangi dengan pengagihan 280 kotak buah kurma kepada peniaga serta orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan.

Minggu lalu, semasa bercuti menunaikan Umrah, Mohamed Khaled berkesempatan mengadakan pertemuan dengan sejumlah pelajar Johor di Mesir dan Jordan bagi bertanyakan khabar dan memberi maklumat terkini mengenai Johor.

“Saya ada juga menyatakan harapan negeri terhadap mereka supaya berjaya dalam menuntut ilmu dan pengajian agar boleh balik dan berkhidmat dalam negeri Johor,” kata beliau.

Ketika pertemuan singkat itu, menteri besar turut meninjau asrama pelajar yang dimiliki kerajaan Johor di Kaherah, Mesir dan secara keseluruhan, berpuas hati dengan keadaan mereka di sana. – BERNAMA

Tags: Johorpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd