• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawi Tarik Balik Rayuan Terhadap Pembebasan Nik Raina

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini menarik balik rayuan terhadap pembebasan pekerja kedai buku Borders, Nik Raina Nik Aziz, daripada pertuduhan mengedar buku penulis kontroversi, Irsyad Manji.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh yang mempengerusikan panel tiga hakim sebulat suara membenarkan permohonan untuk menarik balik rayuan itu oleh ketua pendakwa Syarie Mohammad Adib Husain.

“Selepas meneliti permohonan daripada Ketua Pendakwa Syarie dan tiada bantahan dikemukakan mana-mana pihak, mahkamah membenarkan permohonan dan rayuan dibatalkan,” kata hakim itu.

Pada 26 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Amran Mat Zain melepas tanpa membebaskan Nik Raina daripada pertuduhan itu dan pada 9 Mac, Jawi memfailkan rayuan terhadap pembebasan berkenaan.

Pada 19 Jun 2012, Nik Raina didakwa mengedar buku ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’ karya penulis kontroversi, Irshad Manji, yang bertentangan dengan hukum syarak di kedai buku Borders di The Gardens Mall, Mid Valley.

Nik Raina didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara menjual buku bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) terjemahan buku tulisan Irshad yang bertajuk ‘Allah, Liberty and Love’ (The courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kedai buku Borders, milik Berjaya Books Sdn Bhd, Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, antara 8.41 dan 9.45 malam pada 23 Mei 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika ditemui pemberita, Nik Raina, 39, ditemani peguam Rosli Dahlan melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah itu, selain berharap pendakwaan tidak akan meneruskan pendakwaan terhadapnya kerana beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Hari ini genap tiga tahun sebulan prosiding kes ini dan biarlah kes hari ini adalah terakhir dalam hidup saya,” kata Nik Raina, yang kini pengurus bahagian latihan di Borders The Curve. – BERNAMA

Tags: JAWImahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

Jakim, Jawi Diarah Selaras Solat Hajat Esok Untuk Keselamatan Misi Global Sumud Flotilla

25/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah menyelaras pelaksanaan solat hajat...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd