• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Panik, Waspada Hadapi Kemungkinan

oleh Ahmad Albab
13/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menasihati penduduk di daerah-daerah yang berisiko dilanda gempa bumi supaya tidak panik dan berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pada masa sama, saya juga meminta orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dan tidak mengedarkan berita atau gambar gempa bumi yang tidak berkaitan dengan kita.

“Dalam keadaan sekarang, kita perlu bekerjasama dan saling membantu ke arah yang positif dan bukan menimbulkan kebimbangan dan kritikan yang tidak berasas mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program di PPR Taman Murni di sini, hari ini.

Musa berkata, beberapa daerah di Sabah masih mengalami gegaran susulan selepas gempa bumi pada 5 Jun lepas termasuk gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, pada 2.29 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pusat gempa bumi itu terletak 6.2 darjah utara dan 116.5 darjah timur, kira-kira 25 kilometer tenggara Kota Belud, Sabah dan gegarannya dirasai di Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Pada 5 Jun lepas, gempa bumi berukuran 5.9 skala Richter, yang terkuat di Malaysia setakat ini, menggegarkan Sabah pada pukul 7.15 pagi, yang mencetuskan gegaran di beberapa tempat di negeri itu serta menyebabkan batu dan bongkah menggelungsur jatuh dari Gunung Kinabalu.

Lapan belas orang – empat malim gunung dan 14 pendaki – terbunuh dalam gempa bumi itu, 10 daripada mereka dari Singapura, enam rakyat Malaysia, seorang dari Jepun dan seorang warga China. – BERNAMA

 

Tags: Gempa SabahMusa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd