• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Pengharaman Mee Segera Jenama Maggi Di India

oleh Ahmad Albab
12/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu pengharaman sementara penjualan mee segera jenama Maggi di India seperti yang dilaporkan oleh beberapa media cetak dan elektronik semenjak kebelakangan ini. Pengharaman sementara tersebut dibuat oleh pihak berkuasa di India susulan daripada penemuan kandungan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan oleh undang-undang negara tersebut di dalam mee segera jenama berkenaan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan bahawa mee segera jenama Maggi yang dijual di negara ini dikeluarkan oleh kilang di dalam negara dan tidak diimport daripada India. Kementerian Kesihatan juga telah menjalankan verifikasi ke atas program jaminan keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh kilang yang mengeluarkan mee segera berkenaan dan mendapati bahawa pengurusan kilang tersebut telah mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan makanan yang dihasilkan adalah selamat.

Di samping itu, hasil pemantauan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan ke atas mee segera pelbagai jenama di pasaran tempatan termasuk yang diimport mendapati bahawa tiada sampel dikesan mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan di bawah Peraturan Peraturan Makanan 1985.

Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANNUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 013 399 7025 / 03 8883 3470
Emel : [email protected] – BERNAMA

 

 

Tags: KKMMaggi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

Imunisasi Tdap Untuk Ibu Hamil: Perisai Awal Lindungi Bayi Daripada ‘Batuk 100 Hari’

19/05/2026
0

PETALING JAYA, 19 Mei 2026 – Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran cahaya mata, ramai ibu hamil mungkin tidak menyedari bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd