• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Hamil Baru Tahu Suami Nikah Lagi Selepas Nahas

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

IBARAT ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

Seorang isteri yang sedang hamil tidak menyangka wanita yang maut bersama-sama suami serta ibu mertuanya dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam adalah isteri kedua suaminya, yang baru dinikahi beberapa hari lalu.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kesemua mangsa iaitu Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah, Rokiah Abu Bakar, 52 maut selepas kereta Ford Fiesta yang dipandu Rohayu bertembung dengan sebuah lori pasir.

Difahamkan, pemandu lori berkenaan mengalami kecederaan di mata dan kini sedang dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut isteri pertama mangsa,  Farah Fadila Faizal, 27 dia mendapat berita kemalangan yang menimpa suaminya daripada seorang rakan sebelum dimaklumkan anggota polis.

Farah yang sudah dua tahun mendirikan rumah tangga dan hamil empat bulan akui terkejut dengan berita buruk itu selain mendedahkan dirinya tidak mengetahui telah dimadukan.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

“Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Difahamkan, jenazah mangsa akan dikebumikan di kampung neneknya dekat Kampung Kuala Sentul, Maran, Pahang. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Sinar Harian

Tags: isterikemalangankemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd