• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif Untuk Pemaju Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik

oleh Ahmad Albab
15/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pemaju akan ditawarkan insentif pengurangan caj pembangunan dan laluan khas (green lane) mempercepatkan kelulusan pembangunan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kerajaan komited mencari jalan membantu rakyat memiliki rumah sendiri seperti menawarkan insentif sewajarnya kepada pemaju.

“Secara tidak langsung langkah ini juga sebenarnya membantu pemaju dalam memastikan projek mereka lebih berdaya maju,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pelancaran dan sesi pengundian Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) SkyAwani Residensi di sini hari ini.

RUMAWIP SkyAwani Residensi yang dibangunkan Kumpulan SkyWorld secara berfasa dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Sentul, Kuala Lumpur itu bakal memberi peluang kepada 1,226 penduduk berpendapatan sederhana memiliki rumah, katanya.

Tengku Adnan berkata sejumlah 2,549 pemohon membuat permohonan melalui portal RUMAWIP dan selepas disaring DBKL hanya 965 pemohon layak ditawarkan pada sesi pengundian Isnin.

Katanya, antara syarat kelayakan yang ditetapkan dalam dasar RUMAWIP ialah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan telah bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari tiga tahun.

Tengku Adnan berkata rumah berkeluasan 800 kps dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air itu dijual pada harga RM300,000 seunit dengan setiap unit disediakan satu tempat letak kereta.

Dijangka siap dalam tempoh tiga tahun, projek merangkumi empat buah blok pangsapuri setinggi 29 tingkat di Batu Muda Tambahan, Sentul itu dilengkapi sistem keselamatan 24 jam, dewan serbaguna, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan kolam renang infiniti. – BERNAMA

 

Tags: Tengku Adnan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd