• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IJN Mohon Sumbangan Bagi Pesakit Jantung

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Institut Jantung Negara (IJN) memohon sumbangan dana daripada individu dan badan korporat untuk pihaknya membiayai pembedahan ke atas pesakit jantung.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub berkata ia bagi meringankan beban pesakit yang tidak mampu membayar kos rawatan.

“Sumbangan boleh disalurkan kepada Yayasan IJN manakala IJN sendiri akan memberikan 1 sen daripada RM1 pendapatan kami untuk membantu pembiayaan bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa,” katanya pada sidang media ‘Maybank Islamic Memperkenalkan Siri Jelajah Berbasikal ke Seluruh Negara ‘Cycle Save a Child’s Heart 2.0’ di sini Rabu.

Beliau berkata dana diperlukan kerana ramai pesakit tidak mampu membayar kos pembedahan yang dianggarkan mencecah sehingga RM40,000 atau lebih jika melibatkan pembedahan yang kompleks.

Terdapat 1,200 kes pembedahan membabitkan kanak-kanak daripada jumlah keseluruhan 4,000 kes pembedahan di IJN bagi tempoh Januari 2014 hingga Januari 2015, katanya.

Maybank Islamic Berhad dengan kerjasama IJN akan menganjurkan aktiviti berbasikal yang merupakan sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi mengumpul dana membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung di negara ini dan Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Muzaffar Hisham berkata tujuan aktiviti tersebut adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap keperluan membantu pesakit jantung terutama kanak-kanak.

“Pihak kami menganggarkan kutipan sebanyak RM100,000 akan berjaya dikumpul dengan sasaran seramai 2,000 peserta mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata dana yang dikumpul akan disalurkan kepada Yayasan IJN untuk membantu pesakit jantung kanak-kanak.

Siri Jelajah edisi kedua pada 2 Ogos itu akan bermula di Padang Dataran Majlis Bandaraya Ipoh.

Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu 10 km (VIP Ride), 30 km (Fun Ride) dan 120 km (Endurance Ride). – BERNAMA

Tags: IJNpesakit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

TPM Zahid Lawat Ismail Sabri Di IJN

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri...

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

Menteri Kesihatan Melawat Abdul Hadi Di IJN

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd