• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Iflix Jangka Mengubah Landskap TV Berbayar

oleh Ahmad Albab
14/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – iflix, perkhidmatan TV Internet yang baru dilancarkan di Malaysia, dan menawarkan lebih 11,000 jam program yang boleh diakses dengan hanya RM10 sebulan atau RM96 setahun, dijangka mengubah landskap televisyen berbayar tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif iflix Malaysia Azran Osman-Rani berkata sudah sampai masanya untuk perkhidmatan seperti itu diperkenal di negara ini memandangkan pemilikan telefon pintar yang tinggi, akses Internet yang semakin meluas, kelajuan jalur lebar serta pendapatan boleh belanja yang semakin meningkat.

Mengenai pelan untuk mengembangkan perkhidmatan itu, Azran berkata syarikat itu merancang memperkukuh kedudukannya dengan menjalin usaha sama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi, bank dan pengeluar peranti.

“Kami sedang berunding dengan syarikat telekomunikasi memandangkan perkhidmatan kami merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan penggunaan Internet.

“Selain meningkatkan jumlah jam kandungan, kami juga menyasarkan untuk menawarkan lebih banyak program asli tempatan dengan berbincang dengan pengeluar kandungan tempatan bagi mewujudkan program TV inflix tulen,” katanya kepada Bernama.

iflix, produk usaha sama antara Catcha Group dan Evolution Media Capital, mahu memanfaatkan trend global perkhidmatan langganan video atas permintaan yang semakin besar, dengan menyasarkan 250 juta penduduk di Asia Tenggara yang menggunakan telefon pintar.

Azran yang juga Ketua Pegawai Operasi Kumpulan iflix berkata syarikat itu menandatangani kontrak baharu dengan rakan usaha sama, dan menyasarkan untuk meningkatkan sekali ganda jumlah jam tersedia dalam tempoh beberapa bulan akan datang, selain menambah lebih banyak variasi.

Antara penyedia kandungan iflix ialah studio terkemuka Hollywood seperti Twentieth Century Fox Television Distribution, BBC Worldwide dan Warner Bros International Television Distribution.

Azran berkata antara kekuatan iflix ialah ia membolehkan sistem bertindak pintar dalam mengguna pakai resolusi kadar bit bagi menyesuaikannya dengan kelajuan jalur lebar, sekali gus membolehkan kandungan melakukan penstriman dengan mudah.

“Pelanggan juga boleh mengakses kandungan menerusi aplikasi inflix pada telefon pintar. Dalam tempoh beberapa bulan, kami juga akan membangunkan aplikasi untuk TV pintar,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: internettelevisyen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd