• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hartanah Mara: Polis Tolak Unsur Pecah Amanah

oleh Ahmad Albab
30/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menolak adanya unsur pecah amanah (CBT) dalam kes pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Melbourne, Australia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak terlibat dalam siasatan kes ini kerana ia dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami tak nampak ada unsur CBT dalam perkara ini, jadi pihak SPRM akan jalankan siasatan sepenuhnya.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) tak terlibat buat masa ini, buat masa ini tak ada unsur-unsur CBT dalam kes ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM bagi 2015 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada polis akan turut membantu siasatan kes berkenaan.

Kontroversi pembelian hartanah di Melbourbe timbul apabila akhbar Australia, The Age melaporkan seorang pegawai tinggi Mara dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen bagi menempatkan pelajar yang dibiayai Mara.

Akhbar itu mendakwa ‘sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya’ terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandar raya itu pada 2013.

Ketiga-tiga pegawai itu didakwa ‘membida lebih tinggi’ bagi bangunan itu dikenali ‘Dudley International House’, daripada A$17.8 juta kepada A$22.5 juta (RM65.3 juta), dengan wang perbezaan itu dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dudley International House merupakan asrama pelajar, dibeli Mara yang menyediakan biasiswa pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Bangunan Dudley International House setinggi lima tingkat di subbandar East Caulfield menempatkan 115 pelajar Mara di Monash University. – The Star Online

Tags: khalid abu bakarMARApolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Cedera Parah Ditetak Di George Town

Next Post

PATRIOT 1 Nombor Plat Termahal Di Malaysia, RM1.3 Juta

Related Posts

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

Polis Gagal Ambil Keterangan Yusoff Rawther Dakwaan Diperangkap – Hakim

12/06/2025
0

KUALA LUMPUR –Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther dilepaskan dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis...

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

Dua Individu Bergelar Datuk Ditahan Kes Jemaah Haji Terkandas Di KLIA

05/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan seorang wanita bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan kes jemaah haji terkandas di Lapangan...

Next Post

PATRIOT 1 Nombor Plat Termahal Di Malaysia, RM1.3 Juta

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd