• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gubal Buku Teks Sejarah Tidak Abai Sejarah Mana-Mana Negeri

oleh Ahmad Albab
10/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggubalan kurikulum dan kandungan buku teks mata pelajaran sejarah untuk sekolah rendah atau sekolah menengah tidak pernah mengabaikan sejarah mana-mana negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebaliknya penulisan dan pendidikan sejarah adalah berasaskan kepada kaca mata, aspirasi dan pandangan masyarakat negara ini secara umum yang telah diiktiraf.

“Ia telah diiktiraf oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum dan Buku Teks Sejarah yang terdiri daripada tokoh pelbagai latar belakang sama ada ahli akademik, universiti dan Persatuan Sejarah,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-11 peringkat Kementerian Pendidikan, di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, panel tersebut yang bertanggungjawab menggubal buku teks itu telah mengambil kira ketetapan dan asas-asas pertimbangan untuk menentukan kandungan buku teks yang dikeluarkan.

Bagaimanapun, katanya, keterbatasan tetap berlaku yang tidak semua bahan sejarah negara ini dapat dimasukkan sebagai kandungan dalam buku teks itu. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=wBJYEnZsvkc

Tags: sejarah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

HSBC Akan Buang 50,000 Pekerja Di Seluruh Dunia

Next Post

Akademik Bolasepak JDT Berkeluasan 40 Hektar

Related Posts

UMNO Salur Bantuan Guaman Kepada Dr Akmal

Perbicaraan 1MDB Cipta Sejarah Akan Bersidang Sabtu

05/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, prosiding perbicaraan kes penyelewengan dana milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib...

Bella Pernah Beri Bayangan Akan Dilanggar Mati

Rombak Subjek Sejarah Di Sekolah – Wan Hanafi Su

21/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Pelakon 'senior' disegani, Wan Hanafi Su, 74, menyarankan Kementerian Pendidikan (KPM) merombak mata pelajaran sejarah di sekolah berikutan...

Next Post

Akademik Bolasepak JDT Berkeluasan 40 Hektar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd