• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gimnastik Artistik Wanita Raih Emas

oleh Ahmad Albab
07/06/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Skuad gimnastik artistik wanita negara mengulangi kejayaan 14 tahun lepas dengan meraih pingat emas dalam acara berpasukan pada Sukan SEA ke-28 di Dewan Sukan Bishan, di sini, hari ini.

Lebih manis lagi kejayaan itu merupakan hadiah hari jadi jurulatih Nataliya Sinkova ke-49 yang telah memimpin skuad negara hampir 20 tahun.

Pasukan negara yang dibarisi oleh Farah Ann Abdul Hadi, Siti Nur Bahirah Ahmad, Tracie Ang, Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Jayadev dan Tan Ing Yueh, masing-masing berjaya menarik perhatian juri dengan mengumpul 206.200 mata.

Pencabar utama, Singapura, yang diwakili oleh Janeesa Dai, Ashly Lau, Kelsie Muir, Nadine Nathan, Michelle Teo dan Qiyan Zeng dengan 202.500 mata.

Pingat gangsa menjadi milik pasukan Filipina yang dibarisi Rachelle Arellano, Sofia Isabel Gonzales, Elizabeth, Leduc, Ma. Christina Onofre dan Ava Lorein Verdeflor yang memungut 191.400 mata.

Kali terakhir skuad gimnastik artistik meraih emas tersebut ialah pada tahun 2001 ketika Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan itu menerusi Au Li Yen, pasangan adik- beradik, Chang Swee Ting dan Chang Zhi We, Nurul Fatiha Abdul Hamid dan Yap Yen Yin.

Ketua pasukan, Farah Ann berkata beliau dan rakan sepasukannya berpuas hati apabila dapat memberikan cabaran kepada skuad tuan rumah yang dilihat pesaing utama untuk meraih pingat emas.

“Memang sasaran kami adalah emas tetapi kami tahu kelebihan tuan rumah lebih tinggi namun hari ini kami menampilkan persembahan yang sangat baik dan mengalahkan pencabar kami.

“Kami sangat teruja. Kejayaan ini adalah sangat bermakna, terima kasih kepada jurulatih, ibu bapa saya turut berada di sini memberi sokongan. Bagi saya, ini adalah skuad paling terbaik,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Nataliya, jurulatih dari Ukraine, berkata pasukan itu telah membuktikan dengan persembahan untuk merangkul emas dan percaya anak didiknya akan meneruskan momentum kejayaan dalam acara individu nanti.

“Mereka adalah bidadari saya…saya menaruh kepercayaan penuh terhadap mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sukan SEA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

Sukan SEA 2025: Prestasi Malaysia Meningkat, Namun Masih Perlu Dinilai Secara Realistik

20/12/2025
0

Petikan Channel WhatsApp Lim Sian See   Tahniah kpd semua pegawai & atlet negara, sama ada berjaya atau tidak, atas...

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

SEA Games 2025 Di Thailand Dibayangi Kontroversi, Isu Penipuan & Keputusan Dipertikai

19/12/2025
0

BANGKOK: Penganjuran Sukan SEA 2025 di Thailand kini berdepan pelbagai kontroversi susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan terhadap integriti pertandingan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd