• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Sabah: Perdana Menteri Zahir Rasa Simpati

oleh AK-47
09/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Arab Saudi menzahirkan rasa simpati dan sedih di atas kejadian gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu, Jumaat lalu.

Menerusi kenyataannya, Najib berkata, “Saya berasa sedih membaca laporan kejadian gempa bumi yang berlaku di Sabah. Begitu ramai nyawa yang terkorban, infrastruktur dan bangunan yang mengalami kerosakan. Ada juga masih belum dijumpai.”

“Saya memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan oleh agensi-agensi kerajaan untuk mencari dan menyelamatkan semua orang yang masih terkandas di kawasan pergunungan.

“YAB TPM (Tan Sri Muhyiddin Yassin) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara kini berada di Sabah untuk memantau situasi dan mengurus tadbir operasi di sana.

“Saya difahamkan bahawa setakat ini, seramai 168 mangsa telah diselamatkan, dengan 19 mangsa terkorban, 8 dari Singapura, 4 dari Malaysia, dan seorang masing-masing dari Jepun, China dan Fillipina. Seramai 56 anggota mencari dan menyelamat masih berada di pergunungan untuk membawa turun 5 lagi mayat mangsa yang belum dikenal pasti.

“Takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam gempa bumi di Sabah. I convey my deepest sympathy and condolences to the families of those who lost their lives in the earthquake in Sabah.

“Sebanyak 23 bangunan sekolah dan infrastruktur seperti jalan raya yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri Sabah akan memantau, menyediakan laporan dan mengambil tindakan segera untuk memastikan kesemua ini diperbaiki secepat mungkin demi keselesaan masyarakat terutamanya pelajar di Sabah.

“Anggota serta aset Angkatan Tentera Malaysia berada pada keadaan bersiap sedia untuk dikerahkan, manakala Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang terdiri daripada paramedik, jurutera dan penyelamat telah pun digerakkan bagi membantu dalam apa bentuk sekalipun.

“Wajarlah kita berterima kasih kepada semua yang membantu usaha pencarian, terutamanya malim gunung yang banyak berkorban bagi membantu mangsa gempa bumi.

“Walaupun saya kini berada di Jeddah untuk lawatan rasmi, Menteri-menteri, MKN serta agensi Kerajaan yang terlibat dengan kerja menyelamat dan pemantauan keadaan di Sabah sentiasa memaklumkan perkembangan terkini kepada saya.

pm1

“Insyallah, bersama-sama mereka yang ada di sini, Solat Hajat akan diadakan malam ini. Moga Allah SWT memelihara rakyat Malaysia terutamanya di Sabah dan memudahkan usaha menyelamat.

pm

“Saya harap semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau agama akan terus berdoa untuk keselamatan rakyat Sabah,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC 

Operasi menyelamat pendaki Gempa bumi Sabah

Tags: Gempa SabahPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Singapura Isytihar Hari Perkabungan Kebangsaan Esok

Next Post

99 Rangka Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditemui

Related Posts

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

Kucing ‘Lantikan’ Perdana Menteri

07/07/2024
0

London: Terdapat hanya satu benda dianggap utuh sepanjang kemelut politik di United Kingdom sejak 14 tahun lalu iaitu Larry si...

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

‘Perdana Menteri Umum Berita Baik Berkait Barangan Makanan Esok’ – Fahmi

15/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Satu perkhabaran baik untuk rakyat berkaitan barangan makanan akan diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Next Post

99 Rangka Mangsa Sindiket Pemerdagangan Manusia Ditemui

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd