Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Marah Disoal Siasat Remaja...

MIRI - Marah disoal siasat, seorang remaja berusia 17 tahun bertindak menumbuk seorang...

Sedia Laksana VEP Tahun...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan kerajaan sudah bersedia untuk melaksanakan...

Syarat Bakal Suami Artis...

JAKARTA - Penyanyi dangdut sensasi Indonesia, Zaskia Shinta rupa-rupanya sudah menetapkan syarat tertentu...

Tanah Runtuh: Kesemua Mayat...

GEORGE TOWN - Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di...

Gempa Sabah: Bapa Kesal Lepaskan Anak Ikut Lawatan

BAPA salah seorang mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah, Alson Wee, 51, menyatakan dia ada berasa sedikit kesal kerana membenarkan anaknya, Peony Wee Ying Ping, 12, mengikuti lawatan sambil belajar ke gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

Peony merupakan seorang murid dari Sekolah Rendah Tanjong Katong antara mangsa yang terkorban dalam kejadian gempa bumi 5.9 skala richter yang melanda Gunung Kinabalu awal pagi Jumaat lalu.

Namun disebabkan anaknya seorang yang menggemari aktiviti lasak, dia terpaksa beralah dengan permintaan anak perempuannya itu.

peony1
Peony Wee Ying Ping.

“Saya tahu aktiviti mendaki bukan mudah dan saya tidak mahu melepaskan dia pergi. Peperiksaannya juga semakin hampir, dua bulan lagi dan saya tidak fikir dia patut pergi ke luar negara pada masa sekarang,” katanya memetik laporan akhbar Singapura.

Ibu Peony kini dilaporkan berada di Malaysia sementara bapanya tidak ikut kerana perlu menjaga dua adik-beradik Peony yang berusia 14 tahun dan setahun.


Berita kematian anak keduanya itu disampaikan oleh guru besar TKPS, Caroline Wu yang memaklumkan mengenai berita kematian anaknya pada kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.

Jasad Peony dijangka di bawa pulang ke Singapura hari ini. – MYNEWSHUB.CC

GEMPA DI RANAU, SABAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori