• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Di Sabah: Doakan Yang Terbaik, Kata Hsien Loong

oleh Ahmad Albab
06/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Doakan yang terbaik,” kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong berhubung nasib lapan pelajar sekolah dan dua guru mereka yang hilang susulan gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter yang melanda Sabah semalam.

Dalam catatan Facebook beliau hari ini, Lee berkata: “Ibu bapa dan keluarga berlepas dengan pesawat C130 Tentera Udara Singapura (RSAF) pada 9.30 pagi ini menuju ke Kota Kinabalu.

“Doakan yang terbaik. Akan kemas kini status pelajar dan guru kita di Kota Kinabalu yang hilang serta cedera apabila saya peroleh maklumat lebih terperinci.”

Laporan sebelum ini menyebut sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong sedang menyertai rombongan ke Gunung Kinabalu apabila gempa bumi itu melanda.

Lapan pelajar, kesemuanya berusia 12 tahun, dan dua guru mereka tidak dapat dihubungi.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean, juga menerusi catatan Facebook, berkata ibu bapa pelajar itu diterbangkan dengan pesawat RSAF pagi ini diiringi pegawai dan kaunselor dari Kementerian Pendidikan, serta pasukan perubatan dan pegawai perhubungan.

Sementara itu, dalam menyatakan simpatinya, Menteri Perhubungan dan Penerangan Dr Yaacob Ibrahim berkata: “Ingatan saya kepada penduduk di Sabah, Malaysia.

“Ambil maklum bahawa keluarga warga Singapura ingin sekali mendapatkan lebih banyak maklumat. Pasukan Respons Krisis MFA telahpun digegaskan ke sana. Bersabarlah sambil kumpulan ini berusaha sedaya upaya untuk menghubungi mereka yang memerlukan, dan berdoalah bagi keselamatan mereka yang terjejas akibat gempa bumi,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: gempa bumiSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

PRN Johor: DAP Sediakan Bas Bawa Pulang Pengundi Dari Singapura, Kuala Lumpur

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – DAP menyediakan perkhidmatan bas percuma untuk pengundi yang berada di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Singapura pulang...

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd