Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Protes Anwar, MP Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Sekumpulan Ahli Parlimen pakatan pembangkang dilihat berpakaian serba hitam semasa...

Dijel Sebulan, Denda RM70k...

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warganegara China, yang menyamar sebagai doktor gigi, hari...

Malaysia Bakal Penerima Utama...

KUALA LUMPUR - China bersetuju menyenaraikan Malaysia sebagai penerima utama vaksin COVID-19 yang dihasilkan...

Kerajaan Perak Sentiasa Hargai...

IPOH - Kerajaan negeri menghargai serta berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Gempa Bumi: Jalan Persekutuan Tidak Terjejas

KUALA LUMPUR – Kesemua jalan dan jambatan persekutuan di Sabah tidak terjejas dalam insiden gempa bumi yang berlaku di negeri itu semalam.

Kementerian Kerja Raya memaklumkan, tidak ada kerosakan besar dilaporkan dan kesemua jalan serta jambatan itu dalam keadaan stabil.

“Tidak ada kerosakan major yang dilaporkan. Hanya berlaku sedikit keretakan biasa (pavement crackline) di lokasi Route 22, Jalan Kota Kinabalu – Sandakan di KM 99.200 – 99.500,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Ranau mengalami beberapa kerosakan akibat gempa bumi tersebut seperti dinding retak dan cermin pecah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku memandangkan kejadian tersebut berlaku awal pagi dan kebanyakan kakitangan masih belum sampai ke pejabat.


“Bangunan telah dikosongkan memandangkan kakitangan kerajaan di Ranau telah diberi pelepasan waktu bekerja ekoran tragedi ini.

“Syarikat konsesi bagaimanapun masih meneruskan pemantauan bangunan sehingga sekarang,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori