• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air Berjadual Di Wilayah Petaling 15 Jun Sehingga 1 Julai

oleh Ahmad Albab
11/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan air berjadual berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air bermula 15 Jun sehingga 1 Julai.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan berkata gangguan akan berlaku pada pukul 9 malam sehingga 3 pagi keesokan harinya.

Menurutnya gangguan pada Isnin (15) Jun berikutan kerja pemasangan Injap Altitude dan Fitting di Kolam Sedut Sungai Penchala dan TTDI A.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Penchala, Pinggiran TTDI, Bukit Lanjan, Kampung Palimbayan, keseluruhan Jalan Rahim Kajai, keseluruhan Jalan Datuk Sulaiman, keseluruhan Jalan Burhanuddin Helmi, keseluruhan Jalan Abang Hj Openg, keseluruhan Jalan Atinahapan, keseluruhan Jalan Aminudin Baki, keseluruhan Jalan Tun Mohd Fuad, keseluruhan Jalan Wan Kadir, keseluruhan Jalan Zaaba dan keseluruhan persiaran Zaaba.

Gangguan seterusnya pada 23 Jun bagi kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon ‘Air Scouring’) untuk Program Peningkatan Kualiti Air di Seksyen 14 dan Seksyen 22, Petaling Jaya.

Kawasan yang terlibat ialah Jalan 51/227; Jalan 51/227A hingga jalan 51/227C; Jalan 14/47 hingga Jalan 14/462; Jalan 14/64; Jalan 22/34, 22/34A, 22/36, 22/38, 22/40, 22/42, 22/42A, 22/45, 22/47, 22/49, 22/51, 22/53, 22/55 dan 22/57.

Gangguan pada 30 Jun bagi kerja Menaiktaraf Sistem Retikualasi Bekalan Air (pengaktifan Zon ‘Air Scouring’) untuk Program Peningkatan Kualiti Air akan dilakukan di SS 2, Petaling Jaya.

Kawasan yang terlibat ialah SS 2/2 hingga SS 2/8, SS 2/8A, SS 2/9 hingga SS 2/15, SS 2/15A, SS 2/16 hingga SS 2/21, SS 2/22A, SS 2/23, SS 2/25 dan SS 2/45.

Sementara itu, Syabas memaklumkan kemudahan aplikasi mySYABAS dan laman web www.syabas.com.my termasuk portal perkhidmatan pengguna akan mengalami gangguan sementara bermula 6 petang sehingga 9 malam esok.

“Gangguan sementara ini disebabkan kerja penyelenggaraan berkala yang dilakukan ke atas server pangkalan data Syabas bagi tujuan menambah baik dan menaik taraf sistem,” katanya.

Bagaimanapun talian bebas tol Pusat Perhubungan Syabas (PUSPEL) iaitu 1-800-88-5252 beroperasi seperti biasa. – BERNAMA

 

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd