PENGACARA dan pelawak Harith Iskander kini sudah boleh menarik nafas lega selepas gambar anak lelaki yang disiarkan menerusi satu laman web pornografi kanak-kanak telah dipadamkan.Menurut Harith, tindakan pantas pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyelesaikan kes itu dengan mengenal pasti pemilik laman web berjaya membuatkan gambar anaknya serta kanak-kanak lain telah dipadamkan.

“Saya difahamkan ada lebih 100 keping gambar kanak-kanak melibatkan selebriti dan orang awam dari Malaysia yang telah dipadamkan dari laman berkenaan. Pihak polis dan SKMM telah mencuba yang terbaik untuk membantu menyelesaikan isu ini.”Di United Kingdom laman web pornografi tidak menjadi kesalahan dari sudut undang-undang tetapi menggunakan kanak-kanak dalam pornografi tidak dibenarkan. Apa yang penting gambar anak tidak lagi berada dalam laman tersebut,” katanya.
Pada masa yang sama, Harith mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantunya menyelesaikan isu tersebut. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ves13xyHGqU
Oleh: CARRIE
Sumber: Sinar Online