• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fitnah 1MDB: PetroSaudi Bakal Saman Rafizi, Tony Pua?

oleh
29/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETIKA komuniti bisnes global gempar dengan penahanan bekas pekerja IT firma PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo oleh polis Thailand pada Isnin lalu, dua tokoh pembangkang di Malaysia mula kepanasan.

Beberapa blog politik tempatan melaporkan, dua pemimpin glamor tersebut, Rafizi Ramli dan Tony Pua berkemungkinan besar bakal disaman PetroSaudi atas dakwaan fitnah terhadap firma Arab Saudi itu selama ini.

Kedua-dua tokoh itu adalah yang paling lantang dan bising mengaitkan PetroSaudi kononnya melakukan urus niaga diragui dengan syarikat pelaburan strategik kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam kenyataan media bagi mengulas penangkapan Justo kerana membuat ugutan jenayah terhadap bekas majikannya itu, PetroSaudi turut berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak penyebar fitnah.

Meskipun tidak menyebut secara spesifik, penulis blog di negara ini menjangkakan ia sebenarnya ditujukan kepada Rafizi dan Tony kerana merekalah yang paling vokal mengaitkan salahlaku 1MDB dengan PetroSaudi.

Waima sudah diberi penjelasan berulang kali lengkap dengan maklumat sahih, pemimpin PKR dan DAP itu tetap berterusan menjejaskan imej PetroSaudi, hanya bersumberkan maklumat palsu daripada laman Sarawak Report.

Misalnya Tony Pua, semua transaksi tidak betul tanpa sebut sikit pun kegagalannya dalam pelaburan dan syarikat kecilnya di Singapura sehingga terpaksa menganggotai DAP dan menjadi wakil rakyat DAP untuk sara hidupnya.

Semua orang dituduh menipu. Kerajaan menipu. CEO 1MDB Arul Kandasamy menipu. Walhal kredibilitinya sendiri pun cukup diragui memandangkan kegagalannya dalam memahami isu matematik dan logik angka.

Blog The Flying Kick secara sinis menyatakan, barangkali tidak salah kalau kita dapat katakan, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara ini sebenarnya berhadapan dengan satu masalah sakit yang sangat teruk untuk difahami.

Mungkin elok jika kita terangkan sedikit kepada Tony Pua agar memudahkan kefahamannya bahawa 1MDB telah meletakkan AS$1 bilion dalam perkongsian dengan Petrosaudi sebelum memutuskan untuk keluar.

1MDB kemudian bertindak menukarkan pelaburan mereka daripada perkongsian menjadi pinjaman Islam sebanyak AS$1.2 bilion dengan jaminan korporat oleh syarikat induk PetroSaudi; yang ditubuhkan sejak 2005 lalu

Keluar perkongsian usaha sama atau JV bukan seperti keluar wang dari bank dan tidak boleh tarik pelaburan sebanyak AS$1.2 bilion begitu sahaja. Lantas 1MDB jual semua nota pinjaman mereka kepada pihak ketiga.

Ia berjaya buat keuntungan sebanyak AS$488 juta selepas keuntungan pertama sebanyak AS$200 juta yang dibuat apabila keluar daripada perkongsian JV, sekali gus menjadikan laba keseluruhannya sebanyak AS$688 juta.

Jumlah tersebut telah pun disahkan oleh Deloitte dalam laporan audit pada Mac 2013 dan Mac 2014. Apa yang susahnya Tony Pua untuk menerima hakikat bahawa 1MDB telah membuat duit pulangan yang sangat banyak.

Tetapi dia menggembar-gemburkannya sebagai kerugian! Apakah keuntungan AS$688 juta itu bukannya keuntungan? Apakah keuntungan bagi Tony Pua bermaksud kerugian? Ini namanya gagal matematik mudah!

Apa pula perlunya Tony Pua memperlekehkan dua buah firma perakaunan daripada 4 buah firma terbesar dunia dengan menuduh mereka pula sebagai menipu rakyat Malaysia berbanding taraf dirinya itu sendiri?

Siapa sebenarnya yang menipu? Bukankah dalam hal ini, Tony Pua sebenarnya yang jelas menipu? PetroSaudi pada Mac lalu menafikan semua tuduhan Tony Pua dan menyifatkannya sebagai palsu, berniat jahat dan fitnah.

PetroSaudi International adalah sebuah syarikat persendirian yang memiliki syarikat cari gali dan pengeluaran minyak dimiliki ahli perniagaan terkenal Arab Saudi, Tarek Obaik dan Putera Turki bin Abdullah Al-Saud.

Fitnah yang dibuat oleh Tony Pua yang turut disokong oleh Rafizi telah disebarluaskan untuk tujuan fitnah oleh para penyokong Pakatan Rakyat, sebelum akhirnya telah dinafikan oleh PetroSaudi sendiri.

Bahkan syarikat itu menjelaskan bahawa keseluruhan pembayaran kepada 1MDB telah dibuat dan portal berita AgendaDaily melaporkan kedua-duanya kini kepanasan apabila PetroSaudi akan ambil tindakan undang-undang.

Secara jelas, PetroSaudi merujuk kepada artikel Sarawak Report yang bertajuk, “Heist of the Century – How Jho Low Used PetroSaudi As ‘A Front’ To Siphon Billions Out of IMDB” yang sebenarnya nyata berunsur fitnah.

Isu ini pada asalnya terlebih dahulu dipopularkan oleh Tony Pua dan Rafizi, manakala Sarawak Report pula sekadar jadi tukang tokok tambah penambah rasa untuk melariskan kekelentongan Tony Pua dan Rafizi.

Kononnya dalam laporan portal tersebut, mereka telah memperolehi dokumen dan e-mel yang berkaitan dengan transaksi oleh 1MDB termasuklah butiran perkongsian 1MDB dengan PetroSaudi dari tahun 2009.

Jho Low dituduh menguruskan dan mengendalikan projek perkongsian itu. Elok juga PetroSaudi menyaman puak-puak yang tegar tidak pernah serik melakukan fitnah terutama sekali ke atas Tony Pua dan Rafizi.

Biar ia menjadi satu pengajaran kepada mereka berdua agar tidak bergantung lagi kepada fitnah serta cuba tunjuk pandai tetapi sebenarnya bodoh dalam bidang matematik dan pelaburan. – Agensi/Mynewshub/HAA

Tags: 1MDBPetroSaudiRafizi RamliSarawak ReportTony PuaXavier Andre
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd