• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Felda Bayar Zakat Berjumlah RM23 Juta

oleh Ahmad Albab
22/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Najib Tun Razak hari ini menyampaikan bayaran zakat Kumpulan Felda bagi tahun 2014 berjumlah RM23.1 juta kepada 14 Pusat Zakat Negeri di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM18.3 juta dibayar oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad; Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta); Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (RM121,476) dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (RM39,357).

Najib menyerahkan bayaran zakat Kumpulan Felda itu kepada wakil Pusat Zakat setiap negeri yang antara lain terdiri daripada menteri besar; ketua menteri dan exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di sini.

Terdahulu, Najib berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama-sama menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri; duta-duta serta perwakilan asing; pegawai-pegawai kanan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sementara itu, kenyataan Felda menyebut perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat dan seterusnya membantu lebih ramai masyarakat Islam yang memerlukan.

“Tidak dinafikan bahawa kewujudan Felda turut membantu memakmurkan masyarakat dan negara amnya,” menurut kenyataan itu.

Pada majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Kuala Lumpur sebelum bersama-sama dengan tetamu menunaikan solat sunat Tarawih. – BERNAMA

https://youtu.be/B94swT50c2Q

Tags: FeldaNajib Tun RazakZakat
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd