• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Berdepan ‘Musuh Dalam Selimut’ Tangani Jenayah

oleh Ahmad Albab
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang ditubuhkan berikutan pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, dua tahun lepas kini berdepan ‘musuh dalam selimut’ dalam usaha mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Staf Siasatan Khas dan Teknikal Esscom SAC Rosli Mohd Isa berkata bagi mengatasi ancaman itu, kerjasama dan sokongan semua pihak, terutama komuniti pesisir pantai Esszone amat penting, sekali gus memastikan kawasan itu sentiasa selamat, aman dan damai.

“Sebagai contoh kes penculikan di Restoran Ocean King di Sandakan baru-baru ini…tidak mungkin penjenayah datang terus dari negara jiran, tahu bila mahu masuk dan keluar dari perairan Sandakan dengan selamat dan tahu sasaran mereka, termasuk individu yang bakal diculik.

“Penjenayah ini kelihatan serba mengetahui kerana ada orang dalam yang memberi maklumat. Inilah cabaran kita…musuh dalam selimut. Tali barut ini yang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) ada di mana-mana dalam kalangan kita terutama di perairan Esszone,” katanya ketika menyampaikan ceramah keselamatan pada majlis berbuka puasa anjuran Esscom di Masjid Nurhidayah Kampung Kolapis, dekat sini Isnin malam.

Sehubungan itu, Rosli meminta komuniti Esszone supaya segera melaporkan kehadiran PATI atau individu yang meragukan di kampung masing-masing bagi membolehkan pihak keselamatan bertindak awal mengekang jenayah rentas sempadan dengan lebih berkesan.

“Walaupun Esscom sudah berkali-kali merayu orang ramai, termasuk ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung supaya melaporkan kehadiran PATI di kawasan masing-masing, namun masih ramai yang tidak berbuat demikian.

“Apabila pihak keselamatan melancarkan operasi memburu PATI, ramai yang ditangkap tetapi tidak dilaporkan seperti yang diminta. Jadi, sempena bulan puasa yang mulia ini, bantulah dan salurkan maklumat kepada Esscom…mungkin ada di kalangan PATI ini menjadi tali barut penculik dari negara jiran. Soal keselamatan tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Rosli berkata Esscom yang mempunyai sekitar 150 staf komponen keselamatan ‘tidak boleh berdiri sendirian’ tanpa sokongan dan kerjasama orang ramai, khususnya penduduk tempatan di Esszone.

“Bayangkan sahaja, tanah kebun kita sendiri, misalnya, seluas 6 hektar pun bukan senang dikawal apa lagi kawasan Esszone meliputi kawasan sepanjang 1,733.7 kilometer dari Kudat hingga ke Tawau,” katanya.

Beliau turut menyeru penduduk pesisir pantai, termasuk di daerah Beluran supaya sentiasa berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan kerana ‘kita tidak tahu bila penjenayah rentas sempadan ini bergerak melakukan jenayah penculikan yang didalangi orang dalam’. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszone
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

Perintah Kawalan Pergerakan Di Kawasan ESSZONE Mulai 6 Petang Esok

16/10/2023
0

KUALA LUMPUR : Perintah berkurung di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dijenamakan semula sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE mulai jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd