Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Wanita Islam Dicalon Jadi...

BUCHAREST - Dalam langkah yang mengejutkan, parti politik terbesar Romania semalam menamakan seorang...

Skim Air Percuma Pada...

SHAH ALAM - Skim pemberian air percuma kepada rakyat Selangor bagi 2017 dan...

KPT Sedang Muktamadkan Yuran...

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memuktamadkan bantuan atau pengecualian yuran pengajian...

Guan Eng Naik Angin...

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng naik angin gara-gara diminta untuk...

Erra Fazira Nafi Bertudung Kerana Shahir

ALHAMDULILLAH, sekarang memang dah nampak makin ramai selebriti wanita yang sudah mula memakai hijab seperti mana yang dituntut agama.

Yang terbaharu, Amy Mastura dan Erra Fazira juga sudah tampil dengan imej sebagai wanita muslimah apabila mengambil keputusan mengenakan hijab.

Namun, dalam pada itu, kedengaran juga cakap-cakap yang mengatakan Erra memakai tudung kerana lelaki yang kini dikatakan rapat dengannya iaitu Shahir yang lahir dari program realiti nyanyian Akademi Fantasia.

Walau bagaimanapun, primadona itu menolak anggapan terbabit sebaliknya mengatakan dia berhijrah tanpa desakan sesiapa.


“Let’s clear our mind about that. Perkara itu langsung tidak benar sama sekali. Penghijrahan ini berlaku bukan atas kehendak siapa-siapa. Itu semua atas diri sendiri. Saya lebih suka dan terima kasih kepada Allah kerana ianya berlaku tanpa desakan siapa-siapa,” katanya memetik mStar.

Semoga Erra terus istiqamah dengan penghijrahannya ke arah yang lebih baik. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=AbT13EGhvYk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori