SEBUAH pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam perjalanan dari Melbourne ke Kuala Lumpur dilaporkan berpatah balik dan mendarat di Lapangan Terbang Melbourne, Australia awal pagi tadi berikutan berlakunya kebakaran pada satu enjin.
Lapangan Terbang Melbourne dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pesawat MH 148 yang membawa seramai 300 penumpang itu mendarat dengan selamat.
Unit tindakan kecemasan turut dipanggil ke lapangan terbang sekitar jam 2.20 petang waktu tempatan.
MAS turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi laman Twitter rasminya.
Syarikat penerbangan itu kemudian memaklumkan bahawa Airbus 330 itu sedang diperiksa oleh jurutera MAS dan kakitangan tanah di Melbourne.
“Seramai 300 penumpang pesawat berkenaan selamat dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan MAS. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” kata MAS.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Sumber: The Star Online

