• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Di Pasaran Tempatan Bebas Bahan Bahayakan Kesihatan

oleh Ahmad Albab
02/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Buah durian di pasaran tempatan, termasuk yang diimport, tidak mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat.

Katanya jika pengguna berasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran tempatan, mereka boleh memaklumkannya kepada Kementerian Kesihatan.

“Maklumat boleh disalurkan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang tersebar mengenai durian dicelup dengan bahan kimia beracun bagi memanjangkan jangka hayat serta kesegaran buah berkenaan sebelum dijual di pasaran.

Menjelas lanjut mengenai isu itu, Dr Noor Hisham berkata menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan mengikut Seksyen 13 Akta Makanan 1983.

Sesiapa yang disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd