• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Maut, Tiga Parah Dan 15 Lagi Tertimbus di Alor Gajah

oleh AK-47
23/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

(TERKINI: Seorang lagi pekerja binaan maut apabila sebahagian pasaraya dalam pembinaan di Pulau Sebang, Alor Gajah runtuh hari ini, menjadikan tiga terkorban – Ketua Polis Melaka)

ALOR GAJAH — Tiga pekerja binaan warga Myanmar maut apabila satu daripada tingkat bangunan sebuah pusat beli-belah dalam binaan di Pulau Sebang di sini runtuh petang tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata kejadian pada pukul 2.15 petang itu turut mengakibatkan enam pekerja lain, juga warga Myanmar, cedera tiga daripadanya parah.

“Dalam kejadian itu pekerja dipercayai sedang membuka perancah simen di tingkat itu yang telah keras, bagaimanapun tingkat itu tiba-tiba runtuh.

“Kita sedang menyiasat punca sebenar kejadian itu dan juga akan memeriksa seluruh struktur bangunan itu bagi memastikan bangunan itu selamat,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka Nazili Mahmood.

Chuah berkata kerja menyelamat mangsa melibatkan 122 anggota termasuk daripada pihak polis; Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tampin, manakala mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat.

Sementara itu, seorang peniaga Mohd Daud Ali, 34, berkata ketika kejadian dia sedang tidur dan terdengar dentuman kuat sebelum bergegas ke belakang kedai kira-kira 2.20 petang.

Katanya, dia kemudian memasuki kawasan tapak pembinaan berkenaan dan melihat runtuhan konkrit menimbus beberapa pekerja kontrak di tingkat atas bangunan tersebut.

“Saya nampak tiga pasang di bawah runtuhan tersebut tetapi tidak berani membantu kerana berada dalam keadaan terkejut,” katanya.

Seorang saksi kejadian warga Bangladesh, Sakhoat Alif Khan, 33, berkata ketika kejadian, dia berada di aras bawah bangunan yang terletak di bahagian depan pintu masuk.

“Memang tak berapa dengar bunyi runtuhan, tetapi saya perasan ada yang menjerit lari, … lari… “Setakat ini saya tak pasti nasib kawan-kawan saya yang dipercayai tertimbus. Saya nampak banyak jentera bomba dan ambulans,” katanya yang ditemui sebentar tadi, memetik laporan dari myMetro.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Alor Gajah. Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah yang dibantu Pasukan Kecemasan dan Menyelamat (EMRS) masih lagi bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja menyelamat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: tanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd