Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ustaz Kazim Terima Rawatan...

IPOH - Pendakwah Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang dibenarkan keluar dari Hospital...

Sasar 1,000 Lesen Bisnes...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan kira-kira 1,000 lesen perniagaan kendera saji...

Sembur Api Guna Aerosol...

KLANG: Seorang lelaki menyembur api menggunakan semburan aerosol untuk menakutkan pekerja sebuah kedai...

Rumah Kediaman Tidak Terjual...

KUALA LUMPUR - Kediaman tidak terjual meningkat 30.6 peratus kepada 32,313 buah pada...

Dua Malim Gunung Terkorban Pernah Lihat Pelancong Bogel

DUA malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada Jumaat lalu sebelum ini antara mereka yang pernah terlihat pelancong asing berbogel di puncak gunung itu pada 30 Mei lalu.

Memetik laporan The Star, kakak kepada mendiang malim gunung Joseph Solugin, Myren berkata adiknya ada bercerita kepada isterinya mengenai insiden sekumpulan pelancong asing berbogel di puncak gunung tertinggi Asia Tenggara itu.

Pelancong Asing Bogel Di Puncak Kinabalu, Maki Malim Gunung

Menurut Myren, isteri adiknya ada bercerita Joseph pulang dalam keadaan sugul pada hari itu sambil berkata, “Hari ini saya begitu malang. Robbi dan saya melihat sekumpulan pelancong asing berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu.”

Joseph dan Robbi Sapinggi maut dalam gempa bumi yang turut mengorbankan 14 mangsa yang terdiri daripada warganegara Singapura, Filipina dan Jepun.

VIDEO: Pendaki Kongsi Pengalaman ‘Hiking’ Dengan Robbi

Masyarakat Sabah percaya tindakan pelancong asing berbogel dan membuang air di puncak gunung itu telah membangkitkan kemarahan ‘semangat’ Gunung Kinabalu.


Sehubungan itu, satu upacara ‘penyucian’ gunung itu akan diadakan pada masa terdekat.

– MYNEWSHUB.CC

Gempa bumi di Sabah: Peranan Malim Gunung

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori