• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditahan Baling Pondok Sekolah Dengan Bom Botol

oleh Ahmad Albab
25/06/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pondok pengawal sebuah sekolah rendah di Sungai Petani yang seorang gurunya dikaitkan dengan dakwaan menyuruh murid bukan Islam meminum air kencing sendiri, dibaling dengan molotov cocktail malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata berikutan itu dua lelaki tempatan berusia antara 20-an dan 30-an telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata motif kejadian sedang disiasat di bawah kesalahan mendatangkan bencana dengan api.

Aduan dibuat Selasa lepas yang mendakwa penolong kanan sekolah itu semasa perhimpunan telah menyuruh murid bukan Islam agar tidak minum di dalam kelas semasa bulan puasa tetapi minum air di tandas sekolah dan sekiranya tidak mempunyai air, mereka boleh minum air paip ataupun air kencing sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain menafikan aduan itu dengan berkata guru terbabit hanya meminta murid bukan Islam supaya menghormati murid Islam supaya tidak minum di hadapan mereka sebaliknya pergi ke tandas untuk minum. – BERNAMA

https://youtu.be/3OK3_CvaFuA

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd