• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Subramaniam Minta Semua Ahli Terima Keputusan RoS

oleh Ahmad Albab
27/06/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa semua ahli parti itu supaya menerima keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung pemilihan semula parti itu.

Beliau berkata semua ahli dan pemimpin parti termasuk Datuk Seri G. Palanivel perlu menerima keputusan RoS dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 untuk menyelesaikan krisis parti itu.

“Saya harap semua ahli akan menerima keadaan semasa parti ini dan saya akan melakukan bahagian saya seperti diarah oleh RoS,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Menurut Dr Subramaniam, RoS dalam surat kepada CWC 2009 menyatakan presiden Palanivel telah hilang keanggotaan mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC.

Menurut surat itu, katanya, RoS turut mengiktiraf beliau sebagai pemangku presiden untuk menerajui CWC 2009 bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

Dr Subramaniam, yang juha Menteri Kesihatan, berjanji akan memastikan proses pemilihan semula parti itu berjalan lancar mengikut peraturan.

Beliau berkata proses pemilihan semula parti akan bermula bulan depan dengan pemilihan ketua cawangan.

Pencalonan untuk ketua cawangan akan diadakan pada 10 hingga 12 Julai ini diikuti pemilihan cawangan, seminggu kemudian, katanya.

Beliau berharap semua proses pemilihan semula untuk semua jawatan dijangka selesai menjelang Oktober ini.

Ditanya kedudukan terkini Palanivel, Dr Subramaniam berkat: “Semua yang berlaku adalah mengikut undang-undang dan tiada sebarang perasaan cemburu atau masalah peribadi.”

Sementara itu, sekutu Palanivel, Datuk S. Sothinathan berkata pihaknya mempunyai hak untuk menuntut keadilan terhadap keputusan RoS.

“Kami akan menuntut keadilan daripada mahkamah. Jika perlu, kami akan mencabar keputusan ini di Mahkamah Persekutuan. Kami tetap tidak akan berdiam diri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat tergempar CWC 2009 yang dipanggil oleh Palanivel di sebuah hotel di Putrajaya hari ini.

Di ALOR SETAR, anggota CWC, P. Kamalanathan berharap Palanivel akan menerima keputusan RoS itu dengan hati terbuka dan tidak mengganggu parti itu.

Beliau berkata keputusan RoS itu merupakan permulaan transformasi dalam parti MIC dan yakin semua ahli akan memberi kerjasama.

Kamalanathan, yang juga timbalan menteri pendidikan, berkata beliau telah menerima banyak panggilan daripada ketua-ketua cawangan yang menyatakan rasa lega dengan keputusan RoS.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis berbuka puasa Jabatan Pendidikan Kedah di sini.

Krisis MIC tercetus berikutan perbezaan pendapat antara Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis lepas meminta parti itu mengadakan pemilihan semula untuk tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota CWC.

RoS telah membatalkan pemilihan parti itu pada November 2013 selepas menerima aduan mengenai penyelewengan dalam proses pemilihan. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd