• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Lulus RMK11 Tanpa Pindaan

oleh Ahmad Albab
16/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) tanpa sebarang pindaan pada 12.54 pagi Selasa.

Usul RMK11, yang memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM260 bilion, merupakan langkah transformasi terakhir dalam menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020, dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Mei lepas.

Fokus rancangan pembangunan lima tahun negara itu telah dibahaskan selama lima hari bermula 25 Mei lepas sebelum sesi penggulungan oleh kementerian berlangsung selama tiga hari bermula 10 Jun.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, ketika mengggulung perbahasan usul itu, berkata Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji penambahbaikan Seksyen 375 Kanun Keseksaan bagi memperluaskan definisi rogol dengan mengambil kira perbuatan memasukkan objek atau organ-organ lain selain kemaluan.

Merujuk kes yang diputuskan mahkamah di Sibu, Sarawak, baru-baru ini, Nancy berkata pada masa sama, rundingan sedang dijalankan dengan pihak berkepentingan seperti pengamal perubatan dan kementerian berkaitan.

“(Pada ketika ini), skop Seksyen 375 Kanun Keseksaan tidak merangkumi tindakan kemasukan selain daripada organ kemaluan seperti jari,” katanya.

Mahkamah Rayuan di Sibu baru-baru ini membebaskan Bunya Jalong, 60, daripada dakwaan rogol anaknya berusia 14 tahun pada 2011 dengan alasan tiada penetrasi zakar berlaku, dan penetrasi jari dan benda asing tidak dianggap rogol.

Keputusan itu dibuat walaupun ujian DNA terhadap anak yang dilahirkan mangsa selepas kejadian itu sepadan dengan tertuduh.

Nancy berkata secara amnya kesalahan jenayah rogol di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan ditakrifkan sebagai persetubuhan atau ‘sexual intercourse’ secara paksaan atau tanpa persetujuan ke atas seorang wanita.

“Ini termasuk persetubuhan dengan wanita di mana persetujuan wanita tersebut untuk melakukan persetubuhan telah diberikan atas sebab ketakutan, penipuan, tanggapan salah atau tidak faham kesan persetujuan yang diberikan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan beberapa anggota Parlimen yang meminta pindaan sewajarnya terhadap undang-undang seperti Seksyen 375 agar kes seumpama itu tidak berulang dan tidak terlepas.

Persidangan dewan bersambung esok. – BERNAMA

 

Tags: Dewan RakyatRMK11
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd