• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Bincang Usul Desak Tindakan Undang-undang Isu Air S’gor

oleh Ahmad Albab
17/06/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Usul mendesak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang berhubung isu penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dan projek loji rawatan air Langat 2 akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada persidangan sebelah petang Rabu.

Usul mengenainya diluluskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang bersetuju usul itu memenuhi tiga kriteria utama iaitu merupakan perkara tertentu, berkepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

“Oleh itu, saya membenarkan usul ini dibahaskan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(3), perbahasannya bermula 4.30 petang dan akan ditangguhkan pada 5.30 petang.

“Perbahasan akan dibenarkan selama 30 minit dan kerajaan akan menjawab selama 30 minit,” katanya.

Usul itu dikemukakan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang).

Noh ketika mengemukakan usul itu antara lain berkata berdasarkan jawapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada sesi pengulungan Rancangan Malaysia Kesebelas baru-baru ini, Selangor akan berdepan risiko pencatuan air yang kritikal pada bila-bila masa daripada sekarang.

Katanya kerajaan Persekutuan telah menawarkan perlanjutan tempoh namun kerajaan negeri Selangor belum dapat memenuhinya.

Beliau berkata projek loji rawatan air Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2017 dijangka tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana tidak mendapat kerjasama dan menerima halangan tertentu daripada kerajaan negeri.

“Oleh itu, dewan ini hendaklah mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang supaya kedua-dua projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya dalam memastikan rakyat tidak akan menghadapi masalah air yang kritikal pada masa akan datang,” katanya. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=7R5lbg4sOyI

Tags: bekalan airDewan RakyatKerajaan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

Hari Pertama Anwar Jadi Ketua Pembangkang Sudah Pimpin Ahli Parlimen ‘Keluar Dewan’ – Rahimi

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berkata insiden Ahli Parlimen bertindak meninggalkan Dewan Rakyat ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd